PM: Mansur & Liu Setanding Dengan Pementasan Antarabangsa

by Oh! Semput


3
SHARES
42
VIEWS
Posted on 20 Sep 2026 15:00:37

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan teater muzikal Mansur & Liu sebagai antara pementasan terbaik yang pernah disaksikannya di Malaysia, selain melihat karya berkenaan mempunyai mutu yang mampu dibandingkan dengan beberapa pementasan antarabangsa.

Anwar berkata, kejayaan produksi berskala besar itu membuktikan penggiat seni tempatan mempunyai keupayaan menghasilkan karya yang berkualiti serta membawa elemen budaya dan sejarah negara ke pentas yang lebih besar.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan pementasan Mansur & Liu di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam tadi.

Menurutnya, perkembangan industri seni dan budaya memerlukan sokongan berterusan daripada kerajaan serta sektor swasta, khususnya dalam menyediakan kemudahan yang lebih baik untuk membantu penggiat seni menghasilkan karya berkualiti tinggi.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada Datuk M. Nasir dan seluruh pasukan produksi yang terlibat dalam menjayakan pementasan berkenaan.

Mansur & Liu merupakan karya teater muzikal sulung arahan M. Nasir yang mengangkat kisah Sultan Mansur Shah, Sultan Melaka keenam, bersama Puteri Liu dari Dinasti Ming. Kisah tersebut mengambil inspirasi daripada Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu.

Pementasan berkenaan turut menggabungkan elemen muzik, sejarah, budaya dan persembahan berskala besar, dengan M. Nasir menghasilkan lebih 30 lagu serta skor muzik baharu untuk produksi tersebut.

Teater muzikal itu dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya selama 11 hari bermula 10 September dan dijadualkan melabuhkan tirainya malam ini.

PM: Mansur & Liu Setanding Dengan Pementasan Antarabangsa first appeared on #1 The News Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts