by Oh! Semput
Pihak pengurusan Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya memaklumkan bahawa mereka tidak meluluskan penganjuran majlis solat hajat dan doa selamat untuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang dijadualkan berlangsung esok.
Wakil pengurusan masjid berkata, keputusan tersebut dibuat selaras dengan pendirian institusi itu yang tidak terlibat dengan sebarang agenda politik.
“Pihak pengurusan masjid ingin menegaskan bahawa masjid ini tidak terlibat dan tidak bersekutu dengan mana-mana parti atau individu ahli politik dalam sebarang penganjuran program masjid.”
“Sebarang agenda bersifat politik memang tidak dibenarkan sama sekali. Segala program anjuran pihak masjid adalah berteraskan agenda dakwah, ibadat, pendidikan dan kewajipan masyarakat semata-mata,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.
Menurut beliau, pihak pengurusan Bella Astillah juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan majlis berkenaan telah dibatalkan.
“Kehadiran Anda Sangat Bermakna..” – Bella Astillah Ajak Orang Ramai Solat Hajat Buat Syed Saddiq
Terdahulu, Bella Astillah menerusi satu hantaran video mengajak orang ramai menghadiri majlis solat hajat dan doa selamat yang dirancang bagi mendoakan prosiding keputusan rayuan akhir kes mahkamah melibatkan tunangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Keputusan rayuan akhir kes tersebut dijadualkan diputuskan Mahkamah Persekutuan pada 30 Jun depan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Masjid Tidak Luluskan Agenda Solat Hajat Untuk Syed Saddiq first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.