“Saya Dan Emma Membong Masih Berbaik”

by Oh! Semput


7
SHARES
88
VIEWS
Posted on 04 Sep 2016 11:00:02

Sedar kehadiran beliau semalam bersama kekasih, Emma Maembong di majlis Festival Filem Malaysia ke 28 semalam menimbulkan persoalan ramai, Kamal Adli tidak mahu bercerita lanjut mengenai hubungan mereka sekarang. Bagaimanapun Kamal meluahkan rasa gembira apabila ajakannya untuk muncul bersama di karpet merah semalam diterima oleh kekasihnya itu.

BACA: Kamal Adli Nafi Kerja Terjejas Kerana Cinta

“Kami berjalan berdua di Festival Filem Malaysia 28 (FFM 28) selepas saya mengajaknya untuk ke acara itu bersama-sama. Saya bagaimanapun tidak boleh bercerita lebih lanjut lagi mengenai perhubungan kami sekarang. Apa yang saya boleh katakan sekarang, saya dan Emma masih berkawan baik dan mohon peminat doakan yang terbaik buat kami berdua”

“Apa yang terjadi sebelum ini salah saya juga. Beri kami ruang dan masa. Apa yang penting, sekarang saya belajar untuk menjadi lebih sweet. Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali,” katanya kepada Berita Harian Online apabila ditanyakan mengenai kehadiran mereka berdua yang kelihatan mesra di karpet merah Festival Filem Malaysia ke 28 semalam.

Terdahulu, Kamal dikatakan hilang fokus didalam kerjayanya sebagai seorang pelakon gara-gara pergolakkan hubungan cintanya dengan Emma. Bagaimanapun, beliau tampil menafikan dakwaan tersebut namun mengakui bahawa sedikit sebanyak emosinya terganggu dan riak mukanya juga tidak dapat disorokkan daripada orang ramai dek kerana masalah diantara mereka. (rkty/w)

1- Kamal Adli Nafi Kerja Terjejas Kerana Cinta - jpeg 2- Kamal Adli Nafi Kerja Terjejas Kerana Cinta - jpeg 4- Kamal Adli Nafi Kerja Terjejas Kerana Cinta - jpeg 5- Kamal Adli Nafi Kerja Terjejas Kerana Cinta - jpeg 6- Kamal Adli Nafi Kerja Terjejas Kerana Cinta - jpeg 7- Kamal Adli Nafi Kerja Terjejas Kerana Cinta - jpeg

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts