by Oh! Semput
Baru-baru ini, Sony telah membuat pengumuman bahawa mereka akan menghentikan pengeluaran cakera permainan fizikal untuk konsol permainan Sony PlayStation mereka, dan terkini, ia telah dilaporkan bahawa mereka juga telah menyenaraikan pemain cakera Blu-Ray terakhir mereka, iaitu Sony UBP-X700/K tidak lagi akan distok semula di kedai atas-talian di Jepun, dan tidak lagi akan dihasilkan.
Sebagai sebuah pemain cakera Blu-Ray, model Sony UBP-X700/K ini hadir dengan pelbagai sokongan teknologi audiovisual seperti olahan video High Dynamic Range (HDR), Dolby Vision, Dolby Atmos, sokongan audio nirwayar High Resolution Audio dan sebagainya.

“Pengumuman” ini nampaknya terhad untuk pasaran Jepun sahaja terlebih dahulu, kerana carian pemain Blu-Ray yang sama di pasaran-pasaran lain masih lagi menyenaraikannya sebagai sebuah produk yang masih boleh dibeli. Ini juga bermakna bahawa Sony akan menghentikan pengeluaran semua perkakasan pemain cakera Blu-Ray mereka, kecuali untuk konsol PlayStation 5.

Dengan ini, nampaknya Sony akan secara rasminya keluar dari pasaran pemain cakera Blu-Ray. Di Jepun nampaknya hanya Panasonic yang akan terus menghasilkannya. Ini diilhat sebagai sedikit menyedihkan kerana Sony adalah diantara syarikat-syarikat yang bertanggungjawab untuk pembangunan dan penggunaan format cakera tersebut secara global.