Menumpang Stesen Minyak, Kehidupan Terkini Nonny Nadirah Jadi Tumpuan Peminat – “Kesian Tengok Dia..” “

by Oh! Semput


6
SHARES
73
VIEWS
Posted on 19 Mar 2026 06:32:42

Hantaran terbaharu pelakon dan penyanyi sensasi, Nonny Nadirah mencuri perhatian ramai apabila warganet meluahkan rasa risau terhadap keadaannya yang dilihat seakan tidak terurus.

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Nonny Nadirah Zainuddin, 37, seolah-olah memberi gambaran bahawa dirinya tidak mempunyai tempat berteduh tetap.

Advertisement

nonny nadirah

Dalam video tersebut, Nonny turut dilihat menghidupkan api menggunakan dapur gas mudah alih untuk memasak mee segera di tepi jalan.

Berdasarkan pemerhatian, Nonny juga kerap berkongsi realiti kehidupannya yang serba sederhana termasuk menggunakan kemudahan awam seperti paip di stesen minyak bagi mencuci pakaian.

nonny nadirah

nonny

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap pelakon drama bersiri Cinta Hati Abah itu susulan situasi yang dilaluinya. Tidak kurang juga yang memberikan kata-kata semangat serta berharap agar Nonny terus kuat dan tidak berputus asa dalam menghadapi dugaan hidup.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-03-12 10:08:54

(VIDEO) Nonny Nadirah Dakwa Kehilangan Segalanya, Mohon Bantuan Dana Untuk Teruskan Kehidupan

Menumpang Stesen Minyak, Kehidupan Terkini Nonny Nadirah Jadi Tumpuan Peminat – “Kesian Tengok Dia..” “ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts