MESEJ-MESEJ YANG HUKUMNYA HARAM

by Oh! Semput


10
SHARES
125
VIEWS
Posted on 28 Jul 2017 18:00:03



MESEJ-MESEJ YANG HUKUMNYA HARAM

Mesej berantai dijatuhkan hukumnya SYIRIK kerana seolah-olahnya manusia yang berkuasa menentukan qada dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Contoh mesej mesej berantai :-

1. Sebarkan sekarang. Sekiranya anda tidak menghantar mesej ini, itu bermaksud anda telah dibisikkan oleh syaitan. Terpulanglahhh.......

2. "Sesiapa yang tidak menghantar mesej ni, akan ditimpa musibah" .

3. "Sesiapa yang menghantar mesej ini dalam masa dua jam, orang yang tersayang akan datang ke rumah anda".

4. "Siapa yang mengabaikan mesej ini, anda akan kehilangan orang yang tersayang".

5. "Siapa yang menghantar mesej ini kepada 4 orang, dalam masa 4 jam, anda akan mendapat rezeki yang melimpah ruah".

6. "Hantar mesej ini kepada sekurang-kurangnya 12 orang, anda akan mendapat berita yang baik dalam masa 2 jam",

Ada bermacam-macam lagi mesej dalam bantuk seperti yang di atas yang perlu diabai dan dihentikan segera.

Senang cerita, ia berkait rapat dengan perjanjian yang berbentuk ganjaran atau musibah yang ditetapkan oleh manusia sendiri.

Manusia adalah tidak layak untuk menjatuhkan sesuatu hukum ke atas sesama manusia melainkan atas sebab-sebab yang tertentu..........

Teguran serta nasihat untuk semua umat islam, mesej berantai seperti contoh yg diberikan adalah HARAM......!!!!!!

Viralkan biar semua orang tahu.......

Daripada :
Bahagian Dakwah,
JAKIM, Malaysia.

والله اعلم

https://www.facebook.com/DakwahJAKIM/

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts