Minggu Orientasi Pejabat

by Oh! Semput


6
SHARES
81
VIEWS
Posted on 24 Jun 2017 18:00:53

Minggu Orientasi Pejabat

Assalam..

Orintasi Week. Ya Kali ini nak bercakap isu orientasi week tidak kira di IPTA ataupun IPTS.Sudah lama saya memerhati budaya orientasi serta termasuk juga kes UPNM kes buli sehingga berlakunya pembunuhan.

Saya melalui IPTA dgn orientasi dilayan seperti usia yang matang. Alhmdulillah. Kami erat bersama senior mahupun junior. Mereka memanggil brother and sister. Masyallah look like sibling. Betul sy cakap ipta ini yg kukuh perpaduan berbndg Ipta lain. Mereka, wlpun berlainan kos tpi kenal dan masih boleh bertegur sapa lagi. Hebat sungguh orietasi week ini. Mereka juga kenalkan taaruf week bukan seperti ipta dan ipts lain orientasi week. Mereka mampu berkenalan dgn suasana,persekitrn bru serta kenalan rakan yg bru dlm keadaan yg damai serta lebih dekat dengan Maha Penciptanya.

Allahuraabi hebat sgt kesannya apabila di tmpt kerja, mereka sama2 membantu sesama mereka. Hebatkan walaupn tidak satu batch, berlainan kos, berlainan kelas. Masih akrab. Nilai kemanusiaan dan nilai murni itu tinggi.

Berbalik kepada satu kolej sains yg hebat, dibekalkn wang elaun setiap bulan tetapi sayang sangat apabila perpaduan mereka hancur. Kami melalui satu minggu orietasi yang dikatanya perlu melalui keadaan memeritkan ini, senior terpekik-pekik mengherdik junior. Tidak kira lelaki, senior perempuanya hilang malunya menjerit terpekik-pekik memarahi junior yang lambat beratur.

Apakah kita telah hilang cara yang betul mengajar perpaduan komuniti?
Apakah ini jalan penyelesaiannya melaksanakn suai kenal di sesebuah IPT?
Dimanakah perpaduan yang digembar gemburkan untk dipupuk?

Kesannya, apabila bekerja dalam kalangan ini. Junior kurang akrab.Senior selalu membuli junior . Ini telah berlaku pada saya sendiri.Ko Org baru, Jangan berlagak sangat buat kerja hebat. APC tak akan dapat pun pada ko.

Ya Allah, sdgkan budak baru yang masuk kerja, inginkan kerjanyaa lancar. Dia sendiri sedar , masakkan bru kerja dua bulan untk dapatkan APC awal. Tetapi itulah hakikatnya. Isu orietasi yang berdendam dan tidak kesudahan sehingga terbawa-bawa ke Pejabat. Apa yang junior akan terkesan, dia enggan memberi kerjasama.

Senior dipejabat masih sibuk membanggakan keadaan orientasinya yg lebih mencabar serta memperlekehkan orientasi junior yang lain. Ibarat berjalan di atas awan mendung sedangkan dibawanya telah mencurahkan air. Kerja hakiki tidak dilaksanakan. Mentalitinya, sibuk menyalahkan junior tidak laksanakn kerja dengan betul. Perpaduan komuniti ini telah hancur. Mulut mengalah murai tercabut ekor, hakikatnya kerja tidak disiapkan. Pilu melihat komuniti ini.

Saya harap melalui apa yg disampaikan, kita lebih mngubah diri kita menjadi lebih matang. Kadangkala orientasi week ini memainkan peranan besar untk adik-adik mahupun anak anak kita untk berkawan dengan lebih akrab. Ini sekaligus membantu dalam mengurangkan gejala pembulian.

Ubah lah tradisi orientasi jurang senior dan junior (pembulian) ini. Laksanakan dengan sebaik mengikut ajaran Nabi SAW.

-si penggubah tradisi-

Si Pengubah Tradisi

& Kredit: iiumc

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts