Dulu trak, Umar minta raya pula di balai bomba (VIDEO)

by Oh! Semput


8
SHARES
98
VIEWS
Posted on 23 Jun 2017 02:01:07

Ditonton lebih 200,000 kali di Facebook, Umar dilihat menangis sambil meminta pihak bomba membenarkannya menaik trak tersebut.— Foto ihsan Facebook/ Friend of BombaKUALA LUMPUR, 23 Jun — Minat adik Umar Mujahid terhadap pasukan bomba semakin mendalam apabila mahu menyambut Syawal bersama pasukan keselamatan itu.

Nenek saudaranya berkata walaupun Umar berusia dua tahun namun kanak-kanak itu teruja melihat pasukan berkenaan dan sanggup berada di balai bomba demi memenuhi impiannya.  

“Umar terlalu meminati bomba sehinggakan dia sakit pun ingin ke balai bomba dan bukannya klinik.

“Puas kami sekeluarga cuba mengalihkan perhatiannya daripada bomba, namun gagal sehingga sekarang.

“Malah Umar menggelarkan dirinya bomba jika diminta untuk duduk sebentar bersama sepupunya yang masih bayi.

“Dia mahu menjadi bomba kerana tanggungjawab bomba menyelamatkan orang dalam kesusahan,” kata Suriawati Mohd Fadzil seperti dilaporkan Harian Metro.

Video Umar menyatakan hasrat menaiki trak bomba tular beberapa hari selepas nenek saudaranya memuat naik di media sosial.

Ditonton lebih 200,000 kali di Facebook, Umar dilihat menangis sambil meminta pihak bomba membenarkannya menaik trak tersebut.

Suriawati, 37, berkata Umar juga sering memakai beret bomba pemberian ibu saudaranya bagi menzahirkan minat terhadap pasukan beruniform itu.

“Baginya, topi bomba itu adalah perkara paling penting yang boleh melambangkan minatnya terhadap bomba.

“Kadangkala kasihan pula kami melihat Umar yang hanya mampu melihat trak bomba dari jauh.

“[Tetapi] kami tidak boleh sewenang-wenangnya membawa Umar menaiki trak berkenaan,” dia dilaporkan berkata.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts