U Mobile Dan MRT Corp Menandatangani MoU Untuk Memperkenalkan IBC Di Kompleks ICQC Johor

by Oh! Semput


2
SHARES
24
VIEWS
Posted on 23 Oct 2026 07:00:39

U Mobile, syarikat telekomunikasi tempatan dan pengendali rangkaian 5G kedua Malaysia baru-baru ini telah menandatangani memorandum persefahaman untuk memperkenalkan sambungan dalam bangunan (In Building Connectivitiy) yang akan memperhebatkan sambungan rangkaian 5G dalam Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQC) di Bukit Chagar, Johor Bahru.

Kompleks tersebut disambungkan kepada sistem pengangkutan Johor Bahru-Singapore Rapid Transit System Link (RTS Link) yang merupakan perkhidmatan rel dari Johor Bahru ke Singapura yang pantas. RTS Link dijangka akan membawa 40 ribu penumpang setiap hari dari Johor Bahru ke Singapura dan pulang kembali, jadi sambungan internet mudah-alih yang bukan sahaja pantas, tetapi stabil juga adalah sesuatu yang sangat diperlukan.

Kepentingannya bukan sahaja untuk memastikan proses keluar dan masuk dari negara yang lancar, bukan sahaja untuk penumpang, tetapi juga 600 penjawat awam yang bekerja di lokasi tersebut.

U Mobile dan MRT Corp akan meneroka rangka kerja komersial, teknikal, dan operasi yang diperlukan untuk menyediakan liputan 4G dan 5G di dalam bangunan di ICQC. Kerjasama ini akan membolehkan U Mobile menyambungkan rangkaiannya kepada infrastruktur IBC milik MRT Corp serta meluaskan liputan 4G dan 5G di seluruh kemudahan tersebut, tertakluk kepada perjanjian muktamad, keperluan teknikal, dan kelulusan-kelulusan yang berkaitan.

Kompleks ICQC Bukit Chagar sudahpun memulakan operasi awal pada 1 Oktober, yang termasuklah pengurusan pentadbiran di bawah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) yang akan mengambil masa sehingga penghujung bulan Disember 2026 untuk membolehkan pihak kastam dan imigresen untuk membiasakan diri mereka dengan kompleks tersebut.

Perkhidmatan Johor-Bahru-Singapore RTS Link pula dijangka akan mula beroperasi pada bulan Januari 2027 kelak.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts