Cara Mohon Gantian MyKad Melalui Aplikasi MyGOV

by Oh! Semput


3
SHARES
40
VIEWS
Posted on 23 Oct 2026 07:30:12

MyKad rosak, cip tidak berfungsi, hilang buat kali pertama atau perlu ditukar kepada generasi baharu? Permohonan gantian kini boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi MyGOV Malaysia, tanpa perlu beratur di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memulakan permohonan.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna MyKad baharu akan dihantar terus ke rumah. Permohonan hanya dibuat secara dalam talian, manakala MyKad baharu masih perlu diambil sendiri di JPN setelah siap. Kaedah ini membolehkan proses permohonan dilakukan lebih awal secara dalam talian, sekali gus menjimatkan masa

Perkara penting yang perlu diketahui sebelum mohon

Sebelum membuat permohonan, terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui terlebih dahulu.

Antaranya, permohonan gantian biasa hanya dibenarkan bagi MyKad yang dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi 10 tahun, tanpa sebarang perubahan alamat, gambar atau maklumat peribadi lain. Bagi kes kehilangan pula, permohonan melalui sistem ini hanya dibenarkan untuk kehilangan kali pertama.

Perlu diketahui juga, permohonan gantian melalui sistem ini menggunakan gambar sedia ada sahaja. Sekiranya perlu menukar gambar atau mengemas kini maklumat peribadi, pemohon perlu berurusan di kaunter JPN mengikut prosedur yang ditetapkan.

mohon gantian MyKad Aplikasi MyGOV_1

Perkhidmatan ini juga hanya boleh diakses pada hari bekerja, iaitu Isnin hingga Jumaat, dari pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Sistem ditutup pada Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Cara mohon gantian MyKad melalui aplikasi MyGOV

Untuk membuat permohonan gantian MyKad melalui aplikasi MyGOV Malaysia, ikuti panduan langkah demi langkah seperti yang ditunjukkan di bawah.

{guide}

Tempoh kutipan

Tempoh kutipan MyKad bergantung pada lokasi yang dipilih. Kutipan boleh dibuat selepas 30 minit di Ibu Pejabat JPN Wilayah Persekutuan Putrajaya, ibu pejabat JPN negeri dan cawangan yang mempunyai kemudahan cetakan teragih.

Kutipan di JPN cawangan Semenanjung Malaysia dalam tempoh selepas lima hari bekerja, manakala cawangan di Sabah dan Sarawak selepas tujuh hari bekerja.

Pemohon dinasihatkan menyemak status permohonan melalui laman web JPN sebelum hadir untuk mengambil MyKad. Pastikan juga MyKad lama dibawa bersama ketika kutipan, kecuali bagi kes kehilangan.

Sekiranya permohonan tidak dapat diteruskan melalui saluran dalam talian, pemohon boleh hadir ke cawangan JPN berhampiran untuk mendapatkan bantuan lanjut.

{suggest}

Cara Mohon Gantian MyKad Melalui Aplikasi MyGOV WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts