Apa Motif DAP Jumpa Duta Besar China?

by Oh! Semput


5
SHARES
60
VIEWS
Posted on 03 Mar 2017 09:00:44

DAP

TENTUNYA rakyat tertanya-tanya kenapa pimpinan DAP diketuai Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng melawat Duta China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang?

Ini kerana, hubungan akrab yang sedia terjalin antara Malaysia-China terutama lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Beijing sebelum ini begitu tidak disenangi oleh DAP.

Bagi DAP, hubungan akrab itu sepatutnya tidak berlaku dan mereka dilihat cuba merosakkan kerjasama yang terjalin antara Malaysia dan China.

Muncul pelbagai dakwaan kononnya kunjungan Najib ke China dilihat boleh mengancam kedaulatan negara.

DAP menuduh, kunjungan Perdana Menteri akan menggadaikan tanah-tanah negara kepada China melalui perjanjian strategik yang ditandatangani.

Jadi, apa tujuan DAP berjumpa dengan Duta Besar China ke Malaysia?

Umum mengetahui DAP kini sedang dilanda krisis kepimpinan selepas tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) dan seorang Ahli Parlimennya di Melaka bertindak keluar parti.

Kegagalan kepemimpinan DAP mewujudkan sosio-politik yang stabil, kukuh dan mapan untuk masa depan negara sekali gus membuktikan parti itu hanya bersandiwara politik.

Disebabkan itu, bukan sahaja ahli parti malah kaum Cina sendiri sebenarnya sudah mula hilang keyakinan terhadap DAP.

Gagasan kerjasama politik DAP bersama PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAN serta kempen ‘Selamatkan Malaysia’ adalah retorik politik semata-mata dan bukan bertunjangkan kepentingan rakyat.

Kepimpinan DAP hari ini terbukti lebih menyebelahi dan menyanjungi orang luar termasuk musuh utama mereka satu masa dahulu seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang terus menafikan sumbangan ahli parti mereka sendiri.

DAP yang kehilangan 50 peratus kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu-satunya kerusi Parlimen di Melaka membuktikan wujud krisis keyakinan yang serius dalam parti itu.

Apakah usaha DAP itu demi memulihkan sokongan kaum Cina kepada parti itu?

Selepas mengkritik hubungan Malaysia-China, DAP sanggup pula berjumpa dengan Duta Besar China ke Malaysia.

Apa pula reaksi penyokong DAP apabila pemimpin parti itu mengadakan pertemuan dengan Duta Besar China?

Ternyata DAP mengamalkan sikap ‘double standard’.

Jika orang lain yang lakukan semuanya salah tetapi jika diri sendiri, semuanya boleh dan betul.

Mungkin DAP sudah sedar tidak ada gunanya jika bergaduh dengan China.

Mereka lihat lebih baik bekerjasama dari bergaduh dengan kuasa besar dunia itu dengan menarik pelaburan ke Pulau Pinang berikutan pelaburan langsung asing (FDI) negeri itu sejak ditadbir DAP semakin merosot dan merudum.

Ataupun adakah DAP seperti Mahathir yang kerap membuat pusingan U?

Sebelum ini, Mahathir adalah antara individu paling lantang mengkritik projek Forest City di Johor yang turut melibatkan pelaburan China dengan mencetuskan pelbagai andaian dan dakwaan sehingga menimbulkan kemurkaan Sultan Johor.

Kini, pimpinan parti seteru PPBM pula berjumpa Duta Besar China ke Malaysia.

Rakyat kini menantikan apa reaksi Pengerusi PPBM itu dan ahli PPBM lain tentang pertemuan DAP dengan China?

Apa motif sebenar DAP?

Bersama-samalah kita nantikan apa alasan mereka kerana DAP pasti tidak akan mengadakan pertemuan itu jika ianya tidak bersebab dan tidak menguntungkan kantung parti itu sendiri.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts