save 2.0

Mat Motor ini Jadi Inspirasi Ramai Selepas Bantu Mangsa Kemalangan Biarpun Terpaksa Basah Kuyup Dalam Hujan Lebat

by Oh! Semput


HOME Posted on 01 Sep 2016 01:00:06



Apa yang akan anda lakukan sekiranya ternampak seseorang mengalami masalah atau terlibat dalam kemalangan di atas jalan raya?

Biasanya, akan ada dua jenis manusia apabila berlaku kemalangan di atas jalan raya iaitu jenis pemerhati (yang akan berhenti / memperlahankan kenderaan untuk mengambil gambar / mengambil 'iktibar' / ingin tahu apa yang berlaku ) dan sejenis lagi iaitu jenis yang merasa bertanggungjawab (orang yang dengan serta merta menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan).

Seorang mat motor baru-baru ini menjadi inspirasi dan diangkat sebagai hero di media sosial Twitter apabila fotonya menolong mangsa kemalangan di sebuah lebuh raya menghala ke KLIA menjadi viral.

Menurut kisah yang diceritakan oleh mangsa, yang kemudiannya dikongsi oleh ahli keluarganya di Twitter, kejadian berlaku apabila kereta mangsa termasuk ke dalam satu lubang besar ketika hujan lebat dan mat moto itu tiba-tiba muncul untuk membantu mereka biarpun keadaan ketika itu hujan lebat.


Ikuti perkongsian penuh kisah terbabit.

Mamat ni lah yang tolong kami pagi tadi. Hampir excident langgar divider. Keta masuk lubang besar. Hujan lebat kan. Ayah tak bape nampak, aku pun memang tak nampak ape. 

Tetiba lalu lah mamat ni, die otw nak pergi kerja, sanggup berhenti buka helmet, basah kuyup. Gadaikan masa. Hujan lebat pun dia tak heran. 

Dia ajar ayah cara nak keluarkan keta dari lubang besar tu. Siapa yang jalan highway nak menghala ke KLIA dari sepang tu, hati2. 

Alhamdulillah Allah selamatkan kami dalam hujan lebat. Kalau ayah tak termasuk dalam lubang besar tu, dah tentu kami dah langgar divider tu. Hujan terlalu lebat. 

Moral of story, mamat motor ni terbaik. Sanggup basah kuyup hujan, yang naik keta? hanya mampu hon-hon kami. Takpe, kami fikir positif. Janganlah pandang semua mat motor ni mat rempit yang tahu weng-weng je.

Terima kasih bro. Semoga Allah lindungi selalu.

Faez Mansur

Siakap Keli News
tudung sekolah

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News