‘Mat Motor’ Terkepung, 391 Saman Dikeluarkan

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 31 Jul 2017 04:00:53

KUALA LUMPUR – “Bagai cacing kepanasan.” Itu antara gelagat lebih 500 ‘mat motor’ yang diperiksa menerusi Op Tutup di Jalan Raja Laut menghala ke Jalan Sultan Ismail di sini malam tadi.

Dalam operasi dua jam bermula 9.30 malam itu, polis menghalang beberapa jalan utama menyebabkan kumpulan bermotosikal berkenaan seperti terkepung dan tiada jalan keluar.

Tinjauan Bernama di lokasi berkenaan malam tadi mendapati kesesakan lebih tiga kilometer turut berlaku di sepanjang jalan itu berikutan motosikal yang menunggu giliran untuk melepasi sekatan jalan raya.

Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain berkata menerusi operasi itu, 391 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

“Daripada jumlah itu, cukai jalan telah tamat tempoh dikesan menjadi kesalahan tertinggi dengan 66 saman dikeluarkan diikuti kesalahan tiada lesen memandu dengan 58 saman.

“Kesalahan lain yang dikenakan saman adalah lesen tamat tempoh (42 saman), nombor pendaftaran tidak ikut peraturan dan ‘fancy’ (tidak jelas) (76 saman), tiada nombor pendaftaran (55 saman), tiada cermin sisi (26 saman), tidak menampal pelekat ‘P’ (44 saman) dan tidak menampal pelekat ‘L’ (24 saman).

Menurut Mohd Nadzri, operasi disertai 64 pegawai dan anggota itu turut menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam satu kes curi motosikal yang dilaporkan di Sentul. – BERNAMA

Loading...

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts