Muncul Dakwaan Hamil Sebelum Nikah, Iman Troye Buka Mulut – “Suka Hati Kau Je, Jumpa Di Akhirat”

by Oh! Semput


7
SHARES
92
VIEWS
Posted on 05 Mar 2026 10:02:42

Penyanyi Iman Troye meluahkan rasa berang selepas seorang pengguna media sosial mewujudkan akaun palsu menggunakan wajah dan namanya di platform Threads.

Lebih mengejutkan, individu tersebut turut menyebarkan dakwaan palsu kononnya Iman sedang hamil.

Advertisement

“Suka hati kau saja, tiba-tiba tuduh aku mengandung. Jumpa di akhirat.”

Menurut Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 23, penyamar tersebut bukan sahaja memfitnah, malah dipercayai cuba memperdaya orang ramai untuk mendapatkan wang.

“Kau dah lah muat naik hantaran cakap aku mengandung, aku ini kahwin pun belum. Siap ‘scam’ orang lagi letak QR.”

“Orang yang komen pun percaya itu saya kenapa? Allahuakhbar. Terang-terang itu akaun palsu.”

Iman turut meluahkan rasa hairan apabila masih ada pengguna media sosial yang mempercayai hantaran tersebut walaupun jelas datang daripada akaun tidak sah.

iman troye

Terdahulu, hantaran di Threads yang mendakwa Iman mengumumkan kehamilannya menjadi tular sehingga mencetuskan kekeliruan.

Individu yang menyamar itu juga dipercayai memuat naik gambar imbasan ultrasound bayi bagi meyakinkan orang ramai bahawa dakwaan tersebut benar.

Bagaimanapun, hasil semakan mendapati akaun palsu tersebut kini sudah dinyahaktifkan dan hantaran berkaitan dakwaan itu turut dipadam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-03-05 14:17:00

"Itu Hak Masing-Masing" - Yusuf Bahrin Buka Mulut Dakwaan Perkahwinan Kini Bergolak Dengan Zizi Kirana

Muncul Dakwaan Hamil Sebelum Nikah, Iman Troye Buka Mulut – “Suka Hati Kau Je, Jumpa Di Akhirat” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts