by Oh! Semput

Muhammad Adrian Aiman Mohd Rosmin disengat tebuan semalam ketika bermain sembunyi-sembunyi di kawasan hutan pokok gelam berhampiran rumahnya di Kampung Benting Lintang.
Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kota Bharu, Kelantan.
Menurut bapa mangsa, Mohd Rosmin Ong Bo Jit @Hussin, 30, kejadian itu berlaku ketika anak sulugnnya itu sedang bermain dengan rakan-rakan.
"Waktu itulah dia bersama empat yang lain diserang tebuan yang bersarang di atas pokok, dan anak saya paling banyak kena sengat di seluruh badan, kaki dan muka oleh lebih 60 ekor
"Anak saudara saya hantar dia pulang ke rumah dengan motosikal kira-kira pukul 6.45 petang.
"Keadaannya ketika itu sudah lemah namun masih boleh bercakap," katanya sebagaimana lapor Utusan Online.
Mangsa kemudian terus dikejarkan ke Hospital Besut dengan kereta.
Muhammad Adrian kemudian dirujuk ke Hospital Kota Bharu untuk rawatan lanjut berikutan keadaannya yang semakin teruk.
Mohd Rosmin berkata, dia dan isteri sebelum itu beranggapan anaknya beransur pulih kerana pihak hospital memberitahu keadaan stabil namun bermula pagi ini keadaannya kritikal kerana buah pinggangnya tidak berfungsi.
"Pada pukul 11 pagi, doktor mengesahkan Muhammad Adrian Aiman meninggal akibat kegagalan jantung berfungsi setelah bisa puluhan tebuan yang menyelirap di segenap salur darahnya," ujar beliau.
: Utusan Online