Sony Naikkan Harga PlayStation Plus Di Beberapa Pasaran

by Oh! Semput


3
SHARES
33
VIEWS
Posted on 19 May 2026 04:00:19

Sony kini mengumumkan harga langganan PlayStation Plus untuk pelanggan baharu akan dinaikkan di beberapa pasaran terpilih bermula 20 Mei 2026.

Menurut syarikat itu, kenaikan ini dibuat susulan keadaan pasaran semasa yang berterusan. Harga langganan satu bulan akan bermula pada AS$10.99/EUR9.99/GBP7.99, manakala langganan tiga bulan pula bermula AS$27.99/EUR27.99/GBP21.99.

Di Amerika Syarikat, perubahan ini menyaksikan harga pelan Essential 1 bulan meningkat sebanyak AS$1, manakala pelan 3 bulan pula naik sebanyak AS$3.

Sony menjelaskan perubahan ini hanya terpakai kepada pelanggan baharu. Bagi pelanggan sedia ada (kecuali Turkiye dan India), harga langganan akan kekal seperti biasa selagi mereka tidak menukar pelan atau membiarkan langganan tamat.

Starting May 20, PlayStation Plus prices for new customers will increase in select regions. Due to ongoing market conditions, prices will start at $10.99 USD / €9.99 EUR / £7.99 GBP for 1-month subscriptions and $27.99 USD / €27.99 EUR / £21.99 GBP for 3-month subscriptions.…

— PlayStation (@PlayStation) May 18, 2026

Sebagai rujukan, harga semasa PlayStation Plus Essential di Malaysia bermula pada RM35 untuk pelan satu bulan dan RM95 bagi pelan tiga bulan. Harga ini kali terakhir diselaraskan pada 16 April tahun lalu.

Buat masa ini, belum diketahui sama ada pengguna tempatan juga akan turut terkesan. Namun, memandangkan syarikat itu sebelum ini turut menaikkan harga PlayStation 5 di Malaysia, tidak mustahil harga langganan PlayStation Plus di pasaran tempatan juga akan disemak semula.

{suggest}

Sony Naikkan Harga PlayStation Plus Di Beberapa Pasaran WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts