by Oh! Semput
Menerusi akaun Twitter rasminya, Najib berkata orang ramai yang ingin menyumbang idea boleh berbuat sedemikian dari hari ini sehingga 19 September di laman khas yang disediakan.
"Anda ada cadangan bernas dan ingin menyumbang kpd #Bajet2017? Sebarkan bahawa mulai 5-19 September, idea boleh dikemukakan di https://bajet2017.najibrazak.com," katanya.
Idea yang telah disumbangkan setakat ini merangkumi topik seperti kos sara hidup, perkhidmatan penjagaan kesihatan, perumahan dan kehidupan bandar, pengangkutan dan infrastruktur, pembangunan ekonomi dan pendidikan.