Neelofa bimbang kontroversi ganggu rumah tangga Alif Satar

by Oh! Semput


22
SHARES
289
VIEWS
Posted on 25 Jun 2017 16:01:24

Bakal memasuki set penggambaran drama bersama pelakon Alif Satar bulan depan, Neelofa berharap tiada kontroversi timbul antara mereka berdua.

Neelofa bimbang kontroversi ganggu rumah tangga Alif Satar

Neelofa bimbang kontroversi ganggu rumah tangga Alif Satar

Neelofa, 28, berkata walau kagum dengan lakonan Alif namun kontroversi dibimbangi mengganggu keharmonian rumah tangga penyanyi Jangan Nakal.

“Ketika menerima tawaran membintangi Suri Hati Mr Pilot, saya banyak merujuk kepada Alif kerana tertarik dengan lakonannya yang bersahaja dalam Dia Semanis Honey.

“Apabila penggambaran Suri Hati Mr Pilot hampir berakhir, saya pernah memberitahu pengarah Michael Ang, saya ingin berlakon bersama Alif.

“Tidak sangka impian saya itu menjadi kenyataan,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Pengacara MeleTop akan bergandingan bersama Alif menerusi drama Red Velvet yang akan memulakan penggambaran 10 Julai ini.

Drama yang bakal menjalani penggambaran di Korea Selatan itu bakal menemui penonton September ini.

: Malay Mail

Loading...
: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts