Netizen Minta Rembayung Konsep ‘Walk In’, Khairul Aming Beri Sebab Kenapa Tak Buat – “Tak Sama Macam Dalam Mall..”

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 08 Jun 2026 06:32:34

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming tampil menjelaskan sebab restoran miliknya, Rembayung tidak menyediakan sistem walk-in seperti diminta sesetengah pelanggan.

Penjelasan itu dibuat selepas ada netizen mempersoalkan kenapa pelanggan perlu membuat tempahan terlebih dahulu untuk makan di restoran berkenaan.

Advertisement

Menurut Khairul Aming, keputusan tersebut dibuat demi menjaga keselesaan pelanggan memandangkan lokasi restoran itu berbeza berbanding premis di dalam pusat membeli-belah.

khairul aming rembayung

“The reason saya tak buat walk in Rembayung sebab lokasi berbeza. Tak sama beratur dalam mall yang ada aircond dengan beratur sebelah jalan raya dlm panas.”

“Orang tua akan penat, anak kecik akan menangis, nak guna toilet susah, nak solat susah, belum campur isu parking dan traffic yang akan ganggu peniaga and penduduk sekeliling,” katanya.

Tambah beliau lagi, sistem tempahan atau reservation lebih memudahkan pelanggan kerana mereka hanya perlu turun dari kereta dan terus masuk ke restoran tanpa perlu menunggu lama.

“Dengan reservation customer turun kereta and terus masuk ke kedai. Tak perlu beratur and meja dijamin ada untuk customers. Kita nak utamakan keselesaan customers,” jelasnya lagi.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya memahami situasi di lokasi restoran berkenaan selain memuji pendekatan Khairul Aming yang mengutamakan keselesaan pelanggan dan penduduk sekitar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Faisal Halim Zaquan Adha
2026-06-08 13:54:54

Faisal Halim Enggan Layan Kontroversi Zaquan Adha, Sedia Berhubung Secara Baik - "Kalau Dia Ada Masalah Dengan Saya.."

Netizen Minta Rembayung Konsep ‘Walk In’, Khairul Aming Beri Sebab Kenapa Tak Buat – “Tak Sama Macam Dalam Mall..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts