(Network School) : Kerajaan Akan Usir Segera Rakyat Isr*el Miliki ‘Dual Pasport’ – PMX

by Oh! Semput


6
SHARES
80
VIEWS
Posted on 15 Jul 2026 10:02:49

Kerajaan memberi amaran akan mengambil tindakan tegas termasuk mengusir mana-mana warganegara Israel yang dikesan memasuki Malaysia bagi menyertai program “Network School” di Forest City, Johor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua agensi berkaitan termasuk Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta pihak berkuasa lain sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan tersebut.

Advertisement

Menurut beliau, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dijangka memberikan penjelasan lanjut mengenai isu berkenaan dalam masa terdekat.

“Kita tidak izinkan (kehadiran warganegara Israel ke Malaysia), kalau ada, tindakan mesti diambil.”

“Kalau ada rakyat Israel yang kita tidak iktiraf, kita akan usir segera,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Khas Murid-Murid Sekolah Kuala Lumpur dan Putrajaya oleh Yayasan ERM, hari ini.

Anwar turut memberi jaminan bahawa perkara tersebut kini berada dalam perhatian semua agensi penguatkuasaan bagi memastikan siasatan menyeluruh dapat dijalankan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu operasi “Network School” di Forest City yang menjadi perhatian selepas Kerajaan Johor menyuarakan kebimbangan mengenai dakwaan penglibatan warga Israel dalam program berkenaan.

MB Johor Keluar Kenyataan Isu ‘Network School’ Di Forest City Oleh Pempengaruh Warga Isra*el

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebelum ini berkata, individu terbabit dipercayai menggunakan pasport negara kedua untuk memasuki Malaysia, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat.

Baru-baru ini, beberapa hantaran termasuk video di Threads tular dan mempersoalkan tujuan sebenar operasi “Network School” di Forest City yang didakwa disertai warga asing termasuk dari Israel.

Sementara itu, KDN menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan memaklumkan pihaknya sedang menjalankan semakan serta siasatan menyeluruh terhadap operasi program tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-07-14 11:51:30

MB Johor Keluar Kenyataan Isu 'Network School' Di Forest City Oleh Pempengaruh Warga Isra*el

(Network School) : Kerajaan Akan Usir Segera Rakyat Isr*el Miliki ‘Dual Pasport’ – PMX first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts