“Dok Persoal Kenapa Nama Saya Ada Dayang, Awang” – Bella Astillah Hairan Sikap Ingin Tahu Melampau ‘Haters’ Di Media Sosial

by Oh! Semput


6
SHARES
78
VIEWS
Posted on 15 Jul 2026 10:02:51

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah tampil bersuara selepas menyedari dirinya sering menjadi sasaran kritikan netizen yang mempertikaikan rupa paras serta fizikalnya.

Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, berkata dia tidak kisah sekiranya orang ramai mahu mengkritik dirinya, namun berharap tindakan tersebut tidak melibatkan ibu bapanya.

Advertisement

“Kalu betul saya tak cantik, adakah akan menganggu kehidupan awak?”

“Dah lama saya nak cakap sebab ada yang pertikaikan fizikal saya. Ada peminat yang beri perhatian, contohnya hidung tak mancung dan tentang gigi saya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Lebih Baik Berpisah itu turut menjawab persoalan mengenai latar belakang keluarganya serta penggunaan gelaran Dayang dan Awang pada namanya.

“Ada orang pertikai saya orang apa, kenapa nama ada Dayang, Awang. Itu kena tanya atuk dan nenek saya.”

“Takkan saya nak tunjuk sijil lahir saya di sini. Saya cuma nak cakap tolong berhenti. Sebenarnya saya kaum Kendayan Brunei. Sudah semestinya saya banyak campuran, arwah nenek saya orang Filipina,” dedahnya.

Bagaimanapun, Bella menegaskan dia tidak terkesan dengan pelbagai tekaan mengenai etniknya, malah berbangga dengan kepelbagaian kaum dan latar belakang masyarakat.

“Kalian nak cakap orang Dusun, Kadazan, Sungai, Bajau, Suluk atau Pelaut saya tak kisah dan saya bangga. Kalau boleh saya nak jadi orang Muar juga. Tak apa, buat hantaran banyak-banyak. Saya bangga dengan semua kaum dan manusia,” jelasnya.

Bella turut menitipkan nasihat supaya orang ramai memilih untuk berbuat baik, selain meluahkan rasa syukur dipertemukan dengan tunangnya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Terdahulu, tular di media sosial tindakan segelintir pihak yang memuat naik gambar lama dan menyunting foto Bella sehingga mencetuskan kecaman terhadap penampilannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

harith iskander
2026-07-15 16:35:55

Disaman Datin Seri Rosmah, Harith Iskander Beri Respon Susulan Kes 'Body Shaming'

“Dok Persoal Kenapa Nama Saya Ada Dayang, Awang” – Bella Astillah Hairan Sikap Ingin Tahu Melampau ‘Haters’ Di Media Sosial first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts