Sistem Pembayaran Tol JustGO Diperluaskan Ke Wilayah Selatan

by Oh! Semput


5
SHARES
71
VIEWS
Posted on 15 Jul 2026 10:33:53

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melalui kenyataan rasmi mengumumkan peluasan sistem pembayaran tol JustGO ke wilayah selatan. Pelaksanaan ini merangkumi enam plaza tol di tiga lebuh raya utama iaitu Plaza Tol Mambau dan Plaza Tol Lukut di Lebuhraya Seremban–Port Dickson (SPDH), Plaza Tol Kempas di Lebuhraya Utara–Selatan (NSE) serta Plaza Tol Tanjung Kupang, Plaza Tol Lima Kedai dan Plaza Tol Perling di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia–Singapura (LINKEDUA).

Langkah ini meneruskan projek rintis di utara Semenanjung pada Januari 2026 dan kini diperluas ke selatan bagi membolehkan lebih ramai pengguna menikmati perjalanan yang lebih lancar. PLUS turut merancang untuk melaksanakan JustGO sepenuhnya di semua plaza tol kendaliannya mulai Ogos 2026.

JustGO menggunakan teknologi Automatic Number Plate Recognition (ANPR) yang membolehkan pengguna berdaftar membayar tol hanya dengan nombor plat kenderaan tanpa perlu berhenti di lorong khas. Bagi menggunakan perkhidmatan ini, pengguna perlu memuat turun aplikasi JustGO, mendaftar akaun dan kenderaan serta memautkan kad pembayaran sebelum melalui plaza tol yang diaktifkan.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts