by Oh! Semput
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tunangnya, penyanyi serta pelakon Bella Astillah mendedahkan tarikh perkahwinan mereka sudah pun ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua keluarga.
Menerusi podcast BASScast yang disiarkan secara langsung di TikTok pada Isnin, pasangan itu bagaimanapun memilih untuk merahsiakan tarikh berkenaan buat masa ini bagi menghormati proses memaklumkannya kepada ahli keluarga serta rakan terdekat terlebih dahulu.
“Perancangan selepas ini adalah berkahwin. Tarikh itu sudah ditetapkan dan dipersetujui keluarga tapi tak boleh beritahu bila.”
“Cuma untuk kita war-warkan sekarang, saya rasa kita perlu menghormati prosesnya untuk nak beritahu keluarga tak begitu dekat dan kawan-kawan, biar mereka tahu dahulu. Semua ini ada proses, tak akan terus umum.”
Dalam masa sama, pasangan itu memberi bayangan bahawa hari bahagia mereka bakal berlangsung dalam masa terdekat dan bukan pada penghujung tahun seperti yang dijangka segelintir pihak.
“Tapi tak terlalu lama lah dari sekarang, bukan pada hujung tahun. Kalau ikutkan dah tak lama sangat.”
Selain berkongsi perkembangan mengenai majlis tersebut, Bella dan Syed Saddiq turut mendedahkan bahawa mereka telah menandatangani kontrak bersama Astro bagi menguruskan penganjuran majlis perkahwinan mereka.
“Saya rasa ramai tak tahu lagi sebab saya dan YB, kita sebenarnya under Astro. Kita pun dah menandatangi kontrak bersama Astro untuk tolong proses penganjuran (perkahwinan).”
Perkongsian itu sekali gus menguatkan lagi spekulasi bahawa pasangan berkenaan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat selepas mengikat tali pertunangan pada Mac lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Tarikh Dah Ada…” – Syed Saddiq Dedah Sudah Punya ‘Date’ Nikah Dengan Bella Astillah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.