Lana Nodin Rancang Hantar Anak ke Sekolah Agama

by Oh! Semput


2
SHARES
23
VIEWS
Posted on 10 Mar 2017 10:00:33

Lana Nodin
Cover image via @lananodinmckienzie

Pelakon Lana Nodin akan memastikan puteri sulungnya, Gia Quinn McKienzie, dihantar ke sekolah agama bagi mendapat didikan sewajarnya.

Lana, 37, mahu Gia, yang baru berusia setahun lebih, mendapat bimbingan sepatutnya dan berpengetahuan dalam ajaran Islam.

“Sebagai ibu, saya mahu anak saya mempunyai asas pendidikan agama. “Selain ke sekolah biasa, saya akan pastikan Gia ke sekolah agama bagi mendapatkan pendidikan formal ajaran Islam.

“Pastinya setiap ibu bapa mahukan anak mereka membesar menjadi insan yang berguna kepada agama dan bangsa,” katanya.

Lana berkata, Gia tidak menghadapi masalah dengan gaya hidup mereka meskipun beliau dan suami, David atau Mohd Daud McKienzie, berulang-alik antara Malaysia dan Amerika

Syarikat serta beberapa negara lain, memandangkan lelaki terbabit seorang pemain dan jurulatih bola tampar. Beliau berkata, Gia lebih selesa dengan cuaca sejuk dan tidak begitu tahan dengan suhu panas.

“Kadang-kadang kami suami isteri kesejukan dalam pendingin hawa, sedangkan Gia selesa dan tidak memerlukan selimut,” katanya.

Lana dan pemain pasukan bola tampar Amerika Syarikat itu berkahwin pada Mei 2015 dan dikurniakan anak sulung pada Januari tahun lalu.

Sementara itu, Lana dan suami kini turut mengeluarkan produk makanan kesihatan yang dikatakan mampu membantu mengurangkan lemak.

“Produk yang saya keluarkan adalah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman suami yang sememangnya seorang atlet.

Jadi, bahan yang kami gunakan selamat serta sesuai dengan badan,” katanya. Beliau antara selebriti bakal menyertai LeFest, iaitu bazar gaya hidup yang menampilkan pembaharuan dengan memastikan harga mampu milik bagi pembeli dan juga peniaga.

Baca lagi: Lana Nodin Sedia Tambah Anak

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts