by Oh! Semput
nubia hari ini melancarkan telefon pintar baharu, nubia V80 Max, untuk pasaran Malaysia.
nubia V80 Max menampilkan skrin 6.9-inci HD+ dengan sokongan kadar segar semula 120Hz serta maksimum kecerahan 780 nits.
Peranti ini dikuasakan cip pemproses Unisoc T7250 dengan gandingan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Untuk kamera, nubia V80 Max dilengkapi sistem tiga kamera dengan tetapan 50MP AF + 2MP FF + 0.08MM, serta menempatkan 16MP kamera swafoto di bahagian hadapan.
Bagi menghidupkan peranti, ia dimuatkan kapasiti bateri 6,00mAh yang menyokong pengecasan 22.5W berwayar melalui port Type-C dan 10W pengecasan berbalik.

Lain-lain termasuk sokongan Bluetooth 5.2, kalis habuk dan percikan air IP64 serta menjalankan sistem operasi MyOS 16 berasaskan Android 16. Empat pilihan warna ditawarkan iaitu Stardust Purple, Stellar Silver, Sky Cyan dan Space Black.
Nubia V80 Max kini tersedia pada harga RM499 (8+128GB) dan RM599 (8+256GB). Promosi turut ditawarkan untuk pelanggan walk-in dengan harga RM469 (8+128GB) dan RM569 (8+256GB), sah sehingga 31 Januari 2026.

Sempena pelancaran, hadiah eksklusif turut disediakan termasuk beg tote, fon telinga berwayar nubia, penanda buku edisi terhad yang direka hasil kolaborasi dengan pelajar SEGi, serta perlindungan skrin satu tahun nubia Care+.

Promosi awal hanya tersedia di beberapa cawangan termasuk IOI City Mall, IOI Mall Puchong, Lowyat Plaza, serta TAC Mobile di Giant Bandar Kinrara dan AEON Mall Bukit Tinggi.
Pengguna juga boleh mendapatkan telefon ini secara dalam talian melalui Laman Beli dengan memasukkan nama telefon di ruang carian.
{suggest}
nubia V80 Max Dilancarkan – 8GB RAM, Bateri 6,000mAh, Harga Dari RM499 WISER.MY.