OnePlus Sahkan Tiada Lagi Pelancaran Produk Baharu Di Amerika, Eropah

by Oh! Semput


3
SHARES
33
VIEWS
Posted on 16 Jul 2026 14:30:28

Selepas pelbagai desas-desus mengenainya, OnePlus secara rasmi kini mengesahkan syarikat itu akan menghentikan pelancaran produk baharu di Amerika Utara dan Eropah.

Menerusi siaran di forum komuniti rasminya, OnePlus berkata keputusan tersebut dibuat sebagai sebahagian daripada pelarasan strategi global. Pengumuman ini bermakna pengguna di dua rantau tersebut tidak lagi akan menerima model OnePlus baharu pada masa akan datang

“Hari ini, hati kami pastinya berat dan dipenuhi dengan pelbagai perasaan yang bercampur-baur. Sebagai sebahagian daripada pelarasan strategi global secara proaktif, OnePlus telah memutuskan untuk menghentikan pelancaran produk baharu di Eropah dan Amerika Utara.”

Bagi pengguna OnePlus sedia ada di pasaran tersebut, syarikat itu memberi jaminan sokongan perisian dan perkhidmatan selepas jualan akan diteruskan. Kemas kini sistem operasi serta tampalan keselamatan masih akan diberikan, manakala perkhidmatan waranti dan pembaikan kekal tersedia.

Bagaimanapun, perubahan besar akan berlaku pada bahagian perisian. Selepas pelancaran rasmi ColorOS 17, pengguna peranti OnePlus yang layak akan diberikan pilihan untuk menaik taraf kepada ColorOS terkini, iaitu sistem operasi yang dibangunkan oleh OPPO.

OnePlus berkata langkah itu bertujuan menyelaraskan pembangunan perisian, mempercepatkan kemas kini serta memanfaatkan keupayaan kejuruteraan yang dikongsi bersama OPPO.

Dalam perkembangan berkaitan, OnePlus turut menegaskan India masih merupakan salah satu pasaran terpenting untuk syarikat itu dan operasi di negara itu akan diteruskan seperti biasa, dengan semua aktiviti berjalan mengikut perancangan.

{suggest}

OnePlus Sahkan Tiada Lagi Pelancaran Produk Baharu Di Amerika, Eropah WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts