OpenAI Dedah Prestasi Jalapeño, Cip AI Pertamanya Lebih Pantas Dan Cekap

by Oh! Semput


3
SHARES
38
VIEWS
Posted on 26 Aug 2026 04:00:12

Selepas memperkenalkan Jalapeño pada Jun lalu, OpenAI kini mendedahkan keputusan prestasi pertama cip AI tersuai tersebut selepas menjalankan ujian terhadap beberapa model bahasa raya.

Menurut OpenAI, Jalapeño menunjukkan peningkatan ketara dari segi kelajuan dan kecekapan tenaga untuk tugasan inferens AI, iaitu proses menghasilkan respons daripada model selepas menerima arahan pengguna.

Ujian dilakukan menggunakan penanda aras InferenceX daripada SemiAnalysis terhadap tiga model terbuka, iaitu GPT-OSS 120B, DeepSeek R1 670B dan Kimi K2.5 1T.

Secara keseluruhan, Jalapeño mencatat 1.5 hingga 1.9 kali lebih banyak kerja AI bagi setiap watt pada tahap throughput maksimum, selain menawarkan kependaman hujung-ke-hujung antara 1.7 hingga 3.6 kali lebih rendah berbanding sistem pemecut AI yang dijadikan perbandingan.

Untuk beban kerja yang memerlukan interaksi pantas pula, OpenAI mendakwa prestasi Jalapeño adalah antara 2.1 hingga 4.1 kali lebih tinggi.

Sebagai contoh, ketika menjalankan Kimi K2.5 1T, Jalapeño memberikan kira-kira 1.5 kali prestasi puncak bagi setiap watt lebih tinggi dan kependaman 3.4 kali lebih rendah.

OpenAI berkata cip tersebut direka bersama sistem memori, rangkaian, perisian dan infrastruktur berskala rak bagi mengurangkan pergerakan data serta kelewatan komunikasi ketika model AI diproses.

AI turut digunakan dalam pembangunan Jalapeño. OpenAI berkata penggunaan model AI membantu pasukannya bergerak daripada reka bentuk awal sehingga proses tapeout dalam tempoh sembilan bulan.

Malah, bagi beberapa blok tertentu dalam GPT-OSS, implementasi yang dihasilkan menggunakan AI beroperasi 1.5 hingga 1.8 kali lebih pantas berbanding implementasi yang ditulis oleh pakar manusia.

Angka tersebut bagaimanapun hanya merujuk kepada blok terpilih dan bukannya keseluruhan model.

OpenAI merancang mula menggunakan Jalapeño dalam infrastruktur pengkomputerannya sendiri menjelang penghujung 2026. Generasi kedua cip tersebut kini sudah dalam pembangunan, sementara generasi ketiga turut mula dirangka.

Pada masa sama, OpenAI menegaskan syarikat itu akan terus menggunakan pemecut daripada NVIDIA dan rakan lain untuk tugasan latihan serta inferens AI.

{suggest}

OpenAI Dedah Prestasi Jalapeño, Cip AI Pertamanya Lebih Pantas Dan Cekap WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts