OpenAI Menutup Sementara Langganan Baru Untuk ChatGPT Pro $200 Disebabkan Permintaan Tinggi Untuk Astra

by Oh! Semput


4
SHARES
47
VIEWS
Posted on 11 Sep 2026 14:00:59

OpenAI kini menghentikan sementara langganan baru untuk pelan ChatGPT Pro $200, disebabkan oleh permintaan tinggi sejak pelancaran model terbaru mereka, Astra. Disebabkan permintaan tinggi, ia sekaligus membawa kepada penggunaan perkomputeran tinggi, dan memberikan tekanan pada infrastruktur.

Sementara menyelesaikan perkara berkenaan, OpenAI menghentikan sementara langganan baharu untuk pelan tersebut. Pengguna masih boleh melanggan pelan ChatGPT Plus dan menggunakan model Astra. OpenAI turut menekankan yang mana pengguna sedia ada masih boleh terus menggunakan pelan ChatGPT Pro mereka tanpa masalah.

Baru-baru ini, model GPT-6 Astra telah diperkenalkan, dimana ia dilihat membawakan keupayaan yang sangat baik, membolehkan orang ramai mengautomasikan sejumlah tugasan, disamping menjana pelbagai pembangunan web dan aplikasi dengan kualiti lebih tinggi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts