OriginOS 7 Rasmi, Ini Peranti vivo Yang Akan Terima Kemas Kini Seawal 21 September 2026

by Oh! Semput


4
SHARES
50
VIEWS
Posted on 21 Sep 2026 14:30:12

vivo hari secara rasminya mengumumkan versi terkini sistem operasi peranti pintar mereka, OriginOS 7  yang menggabungkan kelancaran prestasi, kecerdasan buatan, dan pengalaman visual yang lebih segar.

Malah OriginOS 7 turut memfokuskan kepada kelancaran jangka panjang walaupun selepas 72 bulan penggunaan, sokongan multitugas, dan kesalinghubungan merentas ekosistem.

Antara teras utama ialah Origin Smooth Engine yang mengoptimumkan grafik, memori dan penjadualan, disokong oleh Ultra-Core Computing untuk pengagihan sumber pintar.

Fungsi Memory Fusion pula meningkatkan penjimatan storan sehingga 25GB pada peranti 256 GB,, manakala Dual Rendering menambah kecekapan pemaparan sebanyak 14.4% untuk menjana visual yang lebih lancar merentas antara muka.

Ciri Origin Workbench membolehkan sehingga lima aplikasi aktif dalam satu ruang kerja, menjadikan multitugas lebih mudah dan konsisten.

Dari segi interaksi, Fluid Motion dan Spring Animation memberikan pergerakan semula jadi, menjadikan setiap sentuhan terasa lebih responsif.

OriginOS 7 turut menekankan kesalinghubungan merentas ekosistem termasuklah Apple Watch, AirPods dan iCloud, serta iPad, Mac dan Windows.

Selain itu, AI Agent Jovi bertindak sebagai pembantu pintar yang menyelaras tugasan merentas peranti, termasuk fungsi Snap Note untuk menukar nota atau imej kepada dokumen boleh sunting. Aspek keselamatan diperkukuh dengan Jovi Security yang menekankan ketelusan dan kepercayaan.

Dari segi tetapan peribadi, OriginOS 7 memperkenalkan tema interaktif seperti Wiggle, Glint, StickIt dan Pet Pals, serta pilihan Always-On Display (AOD) yang lebih dinamik.

Pelancaran awal OriginOS 7 akan bermula 21 September 2026 untuk vivo X300 Pro dan beberapa model iQOO di India, Thailand dan Malaysia, sebelum diperluaskan ke siri X500, X Fold dan V.

{suggest}

OriginOS 7 Rasmi, Ini Peranti vivo Yang Akan Terima Kemas Kini Seawal 21 September 2026 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts