PAS Pahang Cadang Satu Peratus Kutipan Hasil Setiap Daerah Dikembalikan Kepada Kawasan Terbabit, Percepatkan Pembangunan Setempat

by Oh! Semput


5
SHARES
63
VIEWS
Posted on 28 Nov 2026 16:30:33

KUANTAN: Sekurang-kurangnya satu peratus daripada hasil yang dikutip setiap daerah di Pahang dicadangkan dikembalikan kepada kawasan berkenaan bagi mempercepatkan pelaksanaan pembangunan setempat.

Ketua Pembangkang Negeri Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan itu wajar dipertimbangkan sebagai mekanisme memastikan daerah yang menjadi penyumbang hasil negeri turut menikmati pembangunan sewajarnya.

Menurutnya, penduduk di Pahang Barat terpaksa berdepan kesan pergerakan kenderaan yang melalui kawasan mereka setiap hari, termasuk pencemaran debu, sedangkan hasil yang diperoleh dari kawasan itu belum dimanfaatkan sepenuhnya untuk pembangunan setempat.

“Saya mencadangkan satu pandangan supaya, jika boleh dipertimbangkan, sekurang-kurangnya satu peratus daripada hasil yang diperoleh di sesuatu daerah dikembalikan kepada daerah berkenaan.

“Katakanlah hasil 10 peratus daripada daerah Raub, Lipis atau Jerantut dikembalikan kepada daerah melalui pejabat daerah untuk membolehkan pembangunan dilaksanakan dengan lebih cepat. Ini kerana hasil itu datang daripada daerah berkenaan,” katanya pada sidang media selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas beberapa isu utama yang dibangkitkan dalam perbahasan Belanjawan Pahang 2027, termasuk ketidakseimbangan pembangunan wilayah antara Pahang Timur, Pahang Barat dan Pahang Tengah.

Katanya, isu perumahan yang masih belum selesai, termasuk projek terbengkalai, turut memerlukan tindakan susulan berdasarkan jawapan diberikan kerajaan negeri dalam persidangan berkenaan.

Mengulas maklum balas Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam penggulungannya mengenai cadangan itu, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka mengakui terdapat daerah seperti Maran yang kurang menjana hasil berbanding kawasan lain.

Bagaimanapun, beliau berpandangan satu mekanisme pengagihan dana perlu diwujudkan bagi mempercepatkan pembangunan wilayah, selain memastikan peruntukan kewangan disalurkan kepada kawasan yang memerlukan. #Harakahdaily

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts