Pahang Rekodkan 495 Kes Penderaan Dan Pengabaian Kanak-Kanak Setakat 18 Nov, Berbanding 622 Kes Sepanjang Tahun Lalu

by Oh! Semput


4
SHARES
51
VIEWS
Posted on 26 Nov 2026 20:00:55

KUANTAN: Pahang merekodkan sebanyak 495 kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan serta perlindungan secara kumulatif bagi tempoh hingga 18 November lalu, berbanding 622 kes sepanjang tahun lalu.

Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri, Datuk Sabariah Saidan berkata isu penderaan dan pengabaian kanak-kanak itu memerlukan perhatian serius serta tindakan berterusan daripada semua pihak.

Menurutnya, menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan negeri sentiasa memperkukuh mekanisme pengesanan awal, penerimaan aduan, siasatan sosial, tindakan perlindungan segera dan pemantauan susulan bagi memastikan keselamatan mangsa sentiasa terjamin.

“Setakat bulan lepas, terdapat seramai 37 Pelindung Kanak-Kanak (PKK) yang dilantik secara kontrak di negeri ini, menjadikan keseluruhan PKK di Pahang kini adalah seramai 52 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan V. Arumugam (BN-Sabai) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini.

Datuk Sabariah berkata, kesemua PKK berkenaan bertanggungjawab mengambil tindakan segera terhadap setiap aduan penderaan dan pengabaian yang diterima berdasarkan peruntukan Akta Kanak-Kanak 2001.

Tambahnya, usaha pencegahan di peringkat komuniti turut digerakkan secara aktif menerusi 11 Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) dan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) di semua daerah di seluruh negeri ini. #BeritaRTM

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts