Pakai kasut sneakers ketika nikah, Anis Al- Idrus takut tersadung jika pakai kasut tumit tinggi

by Oh! Semput


12
SHARES
154
VIEWS
Posted on 09 Jul 2017 12:01:02

Nikah Pakai Sneakers Bukan Sebab Nak Viral, Tapi Selesa - Anis Al- Idrus

Pelakon Anis Al-Idrus memberitahu lebih selesa memilih untuk memakai sneakers berbanding kasut tumit tinggi di hari pernikahannya.

Kata Anis, dia tidak pernah terfikir untuk menjadi pengantin viral memandangkan gaya tersebut merupakan trend masa kini.

“Saya sebenarnya pakai baju kurung pun guna sneakers. Saya pakai kasut begini kerana nak selesa, sebab kalau pakai ‘heels’ mesti jatuh.

“Saya ingatkan kasut ini tidak kelihatan maklumlah dah tertutup dengan busana, rupanya nampak juga.

“Tak terlintas langsung nak jadi pengantin viral atau pun sengaja tarik perhatian orang.

“Tak kisahlah apa orang nak kata yang penting saya selesa dan majlis pun dah selesai. Alhamdulillah,” katanya.

Anis ditemui sebaik sahaja selesai majlis pernikahannya pada Jumaat.

Tambah Anis atau nama penuhnya Sharifah Anis Syed Zainal Al Idrus, 29, dia pernah berdepan dengan situasi malang yang menyebabkan dia membuat keputusan untuk tidak memakai kasut tumit tinggi.

“Saya pernah terjatuh ketika memakai ‘heels’, waktu itu di majlis anugerah.

“Setiap kali pakai, kalau tak terjatuh pasti tersadung. Jadi daripada saya resah lebih baik saya pilih ikut keselesaan,” jelasnya.

: Mstar
Loading...
: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts