Pandang Pertama Huawei Pura X View – Lain Daripada Lain

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 07 Oct 2026 14:00:32

Huawei Pura X View baru sahaja dilancarkan awal bulan September yang lepas. Ini merupakan satu peranti yang agak unik dari segi rekaannya dan tidak seperti kebanyakan peranti biasa di luar. Semasa berada di China, saya sempat singgah di Flagship Store Huawei untuk pegang sendiri peranti ini.

Spesifikasi

Huawei Pura X View
Skrin6.39 OLED, 120Hz,
HDR Vivid, 650 nits
PemprosesKirin 9030S (5nm)
Cip1×2.7 GHz Taishan Big
3×2.15 GHz Taishan Mid
4×1.62 GHz Taishan Little
Cip GrafikMaleoon 935F
RAM12GB RAM
Muatan Dalaman256/512/1000 GB
Kamera Utama200MP f/1.8 (Sudut Lebar)
8MP f/2.2 (Ultra Lebar)
50MP f/2.4 (Telefoto 3.7X)
Kamera Swafoto50MP f/2.4
Bateri7000 mAh
Pengecasan berwayar 66W
Pengecasan nirwayar 50W
SIM/TelefoniNano, eSIM
5G
NFCYa
SpeakerStereo
Bicu AudioTiada
Kalis AirIP69
Sistem ImbasanPengimbas cap jari sisi
Harga JualanRMB 5,999 (~RM3,615)
RMB 6,999 (~RM4,215)
RMB 8,499 (~RM5,120)

Rekaan dan Skrin

Rekaan keseluruhan pada Pura Max View ini sebenarnya kelihatan sama seperti Pura X pada tahun lepas cuma reka bentuk peranti ini sendiri mempunyai aspek yang sangat berbeza dengan kebanyakkan peranti sekarang. Ia menggunakan rekaan yang lebih lebar daripada memanjang membuatkan ia lebih nampak seperti sebuah peranti boleh lipat namun tidak boleh dilipat. 

Saiz skrinnya adalah sebesar 6.39″ dengan panel OLED 120Hz dan juga mempunyai tahap kecerahan tertinggi sehingga 6300nits. Kali pertama memegang peranti ini ia terasa agak pelik namun ia bukanlah satu pengalaman yang buruk kerana mungkin saya sendiri tidak terbiasa dengan peranti dengan rekaan begini. Walaupun saiznya yang melebar ia masih lagi muat untuk masukkan peranti dalam poket seluar. 

Dari segi ketahanan, Huawei Pura X View ini mempunyai tahap ketahanan yang baik dengan penarafan IP68/IP69. Selain itu, pada bahagian skrin hadapan menggunakan kaca buatan Huawei sendiri iaitu Kunlun. Panel belakang juga dari kaca dengan badan peranti diperbuatkan dengan bingkai aluminium. Kesemua bahan binaan ini dapat berikan pengalaman premium. 

Kamera

Untuk sistem kameranya, Huawei Pura X View ini dilengkapi sistem tri kamera dengan lensa utama 200MP f/1.8 bersama OIS, lensa telefoto 50MP dengan 3.7x zum optikal serta lensa ultra-lebar 8MP. Berdasarkan spesifikasi kamera, peranti ini mungkin tidak terlalu memfokuskan terhadap prestasi kamera. Untuk penggunaan kasual, sistem kamera sebegini sudah mencukupi. 

Perkakasan Dan Perisian 

Dari segi spesifikasi dalaman, Huawei Pura X View ini menggunakan cip Kirin 9030S dengan binaan berasaskan 5nm. Ini adalah cip yang sama digunakan dalam Huawei Pura 90s Pro Max jadi saya jangkakan yang prestasinya akan lebih kurang sama sahaja dengan peranti tersebut. Peranti ini juga menggunakan RAM sebesar 12GB dengan pilihan storan bermula dari 256GB sehingga 1TB. 

Untuk perisiannya, ia menggunakan HarmonyOS 7.0. Tidak terlalu banyak perkara yang boleh saya terangkan berkenaan perisian ini cuma dari sekilas pandang ia kelihatan seperti kebanyakan perisian telefon jenama China yang lain.

Bateri 

Huawei Pura X View ini memuatkan bateri sebesar 7000mAh. Kapasiti ini bukan lagi kapasiti yang mengejutkan lebih-lebih lagi untuk peranti dari China. Ia turut disertakan dengan pengecasan pantas 66W, pengecasan nirwayar 50W dan pengecasan berbalik secara berwayar dengan kelajuan 5W.

Kesimpulan

Walaupun sempat pegang dalam tempoh yang singkat sahaja, saya agak tertarik dengan rekaan dan nisbah skrin lebar Huawei Pura X View ini kerana kebanyakan peranti sekarang yang memanjang selain peranti boleh lipat. Cumanya tidak pasti seberapa praktikalkah peranti ini untuk kegunaan harian. Buat masa ini tidak pasti sama ada peranti ini akan masuk ke pasaran Malaysia atau tidak.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts