MOT pandang serius! Lesen PSV pemandu Grab terlibat gangguan seksual dibatal – Anthony Loke

by Oh! Semput


9
SHARES
117
VIEWS
Posted on 03 Feb 2026 20:34:34

Kementerian Pengangkutan (MOT) mengambil tindakan tegas berhubung insiden gangguan seksual yang melibatkan seorang pemandu Grab terhadap penumpang di Johor Bahru.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya membatalkan Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) pemandu terbabit dengan serta-merta.

“Tindakan itu bermaksud pemandu tersebut tidak dibenarkan berkhidmat sebagai pemandu di semua platform e-hailing,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

alt

Lesen PSV pemandu Grab terlibat gangguan seksual dibatal

Selain itu, MOT menerusi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan memanggil semua pengendali e-hailing, termasuk Grab, bagi membentangkan pelan tindakan penambahbaikan untuk meningkatkan tahap keselamatan penumpang.

Anthony menegaskan bahawa MOT tidak akan bertoleransi terhadap sebarang tingkah laku yang mengancam keselamatan penumpang dan bersedia memberikan sokongan penuh kepada mangsa bagi memastikan tindakan polis diambil terhadap pelaku.

alt

Artikel lain: Ejen pemungut tak dapat komisen atau kaut untung daripada JPJ – Anthony Loke

Insiden berkenaan tular selepas sebuah video yang dirakam sendiri oleh penumpang wanita memaparkan pemandu e-hailing itu melakukan gangguan seksual.

Video tersebut menunjukkan pemandu berkenaan menghulurkan tangannya ke belakang untuk menyentuh wanita terbabit, namun ditepis.

Pemandu itu juga didakwa bertanya umur wanita berkenaan serta berapa ‘harganya’ dalam bahasa Mandarin, menimbulkan kemarahan ramai di media sosial.

: FB Anthony Loke Siew Fook

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts