“Ada parti pakat mahu jatuhkan saya” – PM Anwar dakwa ketegasan banteras rasuah buat ramai tak senang

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 05 Jul 2026 10:34:26

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat parti politik yang berpakat untuk menjatuhkannya susulan ketegasan Kerajaan MADANI dalam membanteras rasuah dan salah guna kuasa.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berpendapat, pendirian kerajaan yang tidak berkompromi terhadap amalan mencuri wang rakyat atau menyalahgunakan kuasa bagi kepentingan peribadi menyebabkan ada pihak berasa tidak senang.

“Sebab itu tuan-tuan tahu sekarang, semua parti pakat mahu jatuhkan saya. Kenapa? Sebab dia tahu kita ‘strict’ (tegas). Dia tahu kita jaga semua,” katanya.

alt

Beliau berucap demikian pada Majlis Ramah Mesra Bersama PMX bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang sempena Pilihan Raya Negeri Johor 2026, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar menegaskan beliau tidak gentar dengan tekanan politik kerana pentadbiran Kerajaan MADANI berpegang kepada prinsip memastikan pemimpin tidak menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan tanah, projek, saham atau kekayaan bagi kepentingan sendiri.

Pada masa sama, beliau turut mempertahankan kerjasama PH dengan Democratic Action Party (DAP) sambil menegaskan wakil parti itu dalam Kabinet tidak pernah menentang program berkaitan Melayu dan Islam sepanjang tempoh beliau menerajui kerajaan.

“Saya dah tiga tahun setengah sebagai Perdana Menteri, belum sekali Kabinet daripada DAP menentang program untuk Melayu ataupun Islam. Boleh semak rekod,” ujarnya.

alt

Beliau turut melahirkan rasa terharu dengan sambutan penyokong PH di Senggarang yang disifatkannya luar biasa apabila sanggup menunggu dalam cuaca panas bagi menghadiri program berkenaan.

“Senggarang ini luar biasa semangatnya. Tengah panas pun boleh tunggu. Jarang ceramah saya orang tengah panas semangat begitu luar biasa,” tambahnya.

Artikel lanjut: PM Anwar laung amaran! Gesa henti budaya surat sokongan -“Saya tidak peduli…”

Sehubungan itu, beliau menggesa pengundi di Senggarang, Rengit dan Penggaram supaya memberikan sokongan kepada calon PH pada PRN Johor.

alt

PRN Johor ke-16 menyaksikan seramai 172 calon bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai, manakala pengundian awal berlangsung pada 7 Julai.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts