Pasangan berlakon pengemis untuk melancong, dihalau pulang KL

by Oh! Semput


8
SHARES
110
VIEWS
Posted on 13 Jun 2017 04:01:13

Lelaki warga warga Jordan berusia 56 tahun dan isterinya, warga tempatan berusia 46 dihantar pulang ke Kuala Lumpur menaiki penerbangan AirAsia dari Kota Kinabalu. — Foto ihsan Facebook/Chandra Muthu

KOTA KINABALU, 13 Jun — Pasangan suami isteri sanggup menagih simpati orang ramai semata-mata untuk menampung belanja mereka melancong di Sabah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu berkata pihaknya menahan seorang lelaki warga Jordan berusia 56 tahun dan isterinya, warga tempatan berusia 46 tahun pada 10 Jun lalu.

ACP M Chandra berkata hasil siasatan mendapati pasangan terbabit, asal Semenanjung, datang ke sini sejak 13 Mei lalu dan menginap di hotel mewah.

“Sepanjang berada di Kota Kinabalu, pasangan ini menginap di beberapa hotel dan terakhir di Grand Hotel Borneo, pada 3 Jun,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

“Sejak pasangan ini datang pada 13 Mei lalu, mereka merayau-rayau di sekitar Kota Kinabalu dan kelihatan menagih simpati bagi mendapatkan sumber kewangan untuk makanan dan penginapan.

Taktik mereka terbongkar apabila lelaki itu dan isterinya yang menggunakan kerusi roda sebelum itu merayau-rayau di sekitar bandar menagih simpati awam dengan kisah sedih sehingga viral di Facebook.

“Pasangan itu selalu mendatangkan masalah terhadap masyarakat khususnya di Kota Kinabalu kerana mengharap ihsan orang lain untuk membantu mereka,” katanya.

Chandra berkata pasangan terbabit dihantar pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan AirAsia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, pagi kelmarin.

“Selepas ditahan dan disoal siasat, pasangan terbabit bersetuju untuk pullang ke Kuala Lumpur,” katanya.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts