PAS Pecahbelahkan Orang Melayu Dan Umat Islam – Dr. M

by Oh! Semput


5
SHARES
62
VIEWS
Posted on 18 Apr 2017 06:00:37

PAS

DILAPORKAN Tun Dr. Mahathir melalui blognya, bahawa Parti PAS telah menyebabkan perpecahan yang tidak boleh diperbaiki di kalangan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Tindakan PAS untuk bertanding secara sendiri dalam PRU nanti menunjukkan bahawa parti itu menyokong UMNO dan BN secara belakang tabir.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata keputusan PAS untuk tidak bekerjasama dengan parti-parti pembangkang dan meletakkan calon di kerusi yang tidak boleh menang, bermakna parti itu adalah untuk menyokong Menteri Umno dan Perdana Najib Abdul Razak, dengan membelah undi untuk pembangkang.

“Perpecahan di kalangan orang Melayu dan umat Islam tidak boleh diperbaiki sejak PAS ditubuhkan,”.

Dalam pada masa yang sama juga keengganan PAS untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan bermakna parti Islam itu akan memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno pada pilihan raya umum nanti.

“PAS tahu mereka akan kalah di kebanyakan kerusi, tetapi mereka masih mahu bertanding kerana mempertahankan pendirian mereka, menyebabkan berlaku saingan tiga penjuru atau lebih.

“Dengan bertanding sebegini, PAS bukan saja akan kalah, tetap mengheret semua parti pembangkang bersama mereka.

“Umno akan menang kerana keretakan dalam pembangkang ,” katanya.

Beliau berkata, PAS akan “membelanjakan sejumlah wang yang banyak” untuk memberi kemenangan kepada BN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jadi tidaklah keterlaluan untuk dikatakan PAS dibawah kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong Najib.

“Ketegasan mereka berkaitan calon untuk kerusi yang tidak akan dimenangi bermakna PAS menyokong Najib dan Umno,” katanya.

Pakatan Harapan di mana Dr Mahathir selaku pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia masih berbincang dengan PAS untuk menyertai gabungan pembangkan itu sejak setahun lalu.

Bagaimanapun PAS masih berpendirian untuk tidak bekerjasama dengan DAP yang juga sebahagian parti gabungan itu.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts