Pekerja Maut Terjatuh Ke Dalam Mesin Proses Sawit

by Oh! Semput


5
SHARES
71
VIEWS
Posted on 12 Apr 2017 17:01:59


KUANTAN – Seorang pekerja maut selepas terjatuh ke dalam mesin memproses kelapa sawit di Felda Tersang dekat Kuala Lipis hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supt. Azry Akmar Ayob berkata dalam kejadian 10.30 pagi itu mangsa, Abd Khisyam Mat Nor, 32, mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kejadian disedari rakan sekerja mangsa sebelum memaklumkannya kepada majikan untuk meminta bantuan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pihaknya meminta bantuan anggota bomba bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam mesin itu.

Katanya mayat mangsa yang berasal dari Felda Jengka 3, Maran, dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk dibedah siasat. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts