by Oh! Semput
Dua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu akhirnya berjaya ditemui di sekitar Central Market atau Pasar Seni, Kuala Lumpur, malam tadi.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu hantaran di Facebook awal pagi hari ini.
Menurut beliau, kedua-dua pelajar terbabit, Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad, ditemukan oleh pihak polis sekitar pukul 10.31 malam.
“Alhamdulillah, pihak Polis Bukit Aman berjaya menemui kedua-dua pelajar MRSM Alor Gajah Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad yang dilaporkan hilang sejak Selasa di sekitar Central Market Kuala Lumpur pukul 10.31 malam tadi (semalam),” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Sebelum ini, kehilangan dua pelajar MRSM Alor Gajah, Melaka itu mendapat perhatian selepas Asyraf Wajdi meminta orang ramai mendoakan supaya mereka dapat ditemukan dalam keadaan selamat.
Asyraf Wajdi Mohon Doa Orang Ramai, Dua Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Sejak 11 Ogos Lalu
Beliau turut berharap kedua-dua pelajar berkenaan dapat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat.
Penemuan dua pelajar MRSM Alor Gajah itu sekali gus menamatkan kebimbangan susulan laporan kehilangan mereka sejak beberapa hari lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Dua Pelajar MRSM Alor Gajah Yang Hilang Ditemui Selamat Di Pasar Seni first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.