Pelan Langganan Meta One Dilancarkan Untuk Facebook, Instagram, WhatsApp dan Meta AI

by Oh! Semput


2
SHARES
29
VIEWS
Posted on 17 Sep 2026 07:00:30

Meta secara rasmi melancarkan pelan langganan bulanan Meta One semalam dengan ia menawarkan pelbagai ciri eksklusif hanya untuk pelanggan. Pelan ini boleh dibeli secara berkas atau untuk aplikasi berasingan Facebook, Instagram, WhatsAPp dan Meta AI.

Terdapat lebih 50 ciri eksklusif ditawarkan. Di Facebook pelanggan boleh mendapat lebih banyak pilihan Messenger, analisa lebih lanjut Reels, dan super reactions. Pada Instagram pula melihat statistik Reels, pilihan reka huruf dan reka letak tambahan diberikan.

Sementara itu di WhatsApp mereka menerima pelekat eksklusif, tema serta ikon unik, nada dering tambahan dan banyak lagi. Akhir sekali di Meta AI penggunaan ciri janaan kecerdasan buatan dan suntingan boleh dilakukan lebih banyak berbanding pelan percuma.

Pelan Meta AI dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama ialah pelan untuk aplikasi tertentu sahaja iaitu Instagram Plus, Facebook Plus, dan WhatsApp Plus. Kemudian berkas Core dan Premium untuk pengguna individu yang memberikan akses Instagram Plus, Facebook Plus, dan WhatsApp Plus.

Seterusnya pelan untuk pencipta kandungan dan perniagaan iaitu Essential, Avdanced, Expert dan Max. Pelan berbeza memberikan lebih banyak akses ciri eksklusif serta penggunaan ciri Meta AI yang lebih banyak setiap bulan. Harga langganan adalah seperti di bawah tetapi harga langganan di Malaysia belum lagi diumumkan.

  • Instagram Plus – $3.99
  • WhatsApp Plus – $2.99
  • Facebook Plus – $3.99
  • Meta One Core – $7.99
  • Meta One Premium – $19.99

  • Meta One Essential – $14.99
  • Meta One Advanced – $49.99
  • Meta One Expert – $149
  • Meta One Max -$499

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts