Pelbagai Aplikasi Masih Belum Dikemaskini Dengan Sokongan eKYC Guna MyKad Generasi Baharu

by Oh! Semput


6
SHARES
75
VIEWS
Posted on 21 Sep 2026 03:30:30

JPN pada minggu lepas telah pun memperkenalkan secara rasmi MyKad generasi baharu yang hadir dengan perubahan pada rekabentuk. Permohonan untuknya juga telah dibuka, membolehkan sesiapa yang ingin mendapatkan MyKad generasi baharu untuk melakukan kemaskini dengan bayaran RM10 di cawangan JPN.

Walaubagaimanapun, untuk anda yang ingin melakukan penaik-tarafan, ambil maklum yang mana sejumlah aplikasi digital, terutamanya melibatkan kewangan masih belum dikemaskini dengan sokongan MyKad generasi baharu ini. Ini sekaligus akan menyukarkan anda untuk melakukan pengesahan identiti eKYC apabila menggunakan aplikasi tersebut bersama MyKad generasi baharu.

Hal ini berlaku kerana sistem pengesahan identiti yang digunakan aplikasi berkaitan masih belum menyokong MyKad rekaan baharu ini, sekaligus akan menolak pengesahan identiti. Antara aplikasi yang terlibat dengan masalah ini buat masa ini adalah termasuk MyDigital ID, TNG Digital, AEON Bank dan juga GX Bank. Jumlah aplikasi ini mungkin lebih tinggi, berdasarkan kepada keperluan melakukan eKYC bagi tujuan pengesahan identiti.


Jadi bagi anda yang berhasrat mengubah ke MyKad generasi baharu, mungkin tidak tergesa-gesa, terutamanya sekiranya anda akan perlu melakukan pengesahan eKYC menggunakan aplikasi berkenaan.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts