Pemandu Audi Dipercayai Tertidur Sebelum Memandu Lawan Arus

by Oh! Semput


4
SHARES
50
VIEWS
Posted on 20 Sep 2026 11:30:32

Sebuah kereta Audi dipercayai dipandu dalam keadaan melawan arus di Jalan Jim Quee, Johor Bahru, selepas pemandunya dikatakan terlelap ketika berada di persimpangan lampu isyarat Tanjung Puteri, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintenden Ng Swie Chait berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.50 pagi ketika lelaki berkenaan dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Taman Mount Austin selepas selesai bekerja sebagai pelayan restoran di sebuah pusat beli-belah.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati pemandu terbabit dipercayai tertidur ketika kenderaannya berhenti di persimpangan lampu isyarat. Anggota polis yang berada berhampiran kemudian menghampiri kenderaan itu dan mengetuk tingkap bagi mengejutkan pemandu.

Pemandu berkenaan kemudiannya tersedar dalam keadaan cemas sebelum mula menggerakkan kenderaan secara perlahan. Bagaimanapun, Audi tersebut kemudiannya didapati bergerak ke arah yang bertentangan dan memasuki laluan melawan arus menuju Jalan Jim Quee.

Kejadian itu turut dirakam dan videonya tular di media sosial sebelum dikesan pihak polis pada kira-kira jam 10.06 malam.

Polis kemudian menjalankan ujian saringan alkohol melalui pernafasan terhadap pemandu terbabit dan keputusan ujian didapati negatif. Tiada laporan mengenai kemalangan atau kecederaan melibatkan pengguna jalan raya lain dalam kejadian berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengabaikan isyarat lalu lintas.

Polis turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya memastikan tubuh berada dalam keadaan cukup rehat dan cergas sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan risiko kemalangan akibat keletihan atau terlelap ketika memandu.

Pemandu Audi Dipercayai Tertidur Sebelum Memandu Lawan Arus first appeared on #1 The News Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts