Pemandu Van MAB Diserang Sawan Rempuh Dinding Bangunan KLIA

by Oh! Semput


3
SHARES
39
VIEWS
Posted on 03 Aug 2017 16:02:00


Satu video dan gambar di laman Facebook tersebar meluas memaparkan sebuah van milik MAB telah merempuh dinding berhampiran aerobridge di bangunan KLIA. 

Dalam laporan The Star, Malaysia Airport Berhad (MAB) telah mengesahkan van tersebut adalah miliknya. 

Van tersebut dipercayai dipandu laju sebelum melanggar dinding Bay H2. Kejadian yang berlaku pada jam 4.30 petang itu mengakibatkan dua kakitangan MAB mengalami kecederaan yang agak parah. 

Pemandu van tesebut dilaporkan patah kaki manakala seorang lagi mangsa mengalami patah kaki dan juga tangan. Kedua-dua mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan. 


Sementara itu, dari laporan Mstar pula, pemandu van tersebut dipercayai mengalami serangan sawan semasa memandu van tersebut. 

Pihak Unit Perkhidmatan Pesawat (ASU) pula memberitahu pemandu van tersebut tiada permit untuk memandu kenderaan tersebut. -
___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts