NEW YORK – Seorang penumpang Uber mengancam menuduh pemandunya merogolnya kerana lelaki berkenaan tiada pengecas telefon bimbit.
Rakaman video ‘dashcam’ menunjukkan kesabaran pemandu terbabit mendengar leteran, ugutan dan makian berbentuk rasis selama lapan minit.
Kejadian dirakam di Bronx, New York, itu mencetuskan kemarahan pengguna Internet terhadap wanita terbabit dengan ramai yang turut memuji kesabaran pemandu itu, lapor Daily Mail. Dalam video itu, wanita berkenaan dilihat menjerit dari tempat duduk belakang: “Saya akan mula menjerit yang kamu merogol saya.
“Saya akan menumbuk wajah sendiri dan memberitahu polis kamu melakukannya. Kamu mahu mencari pasal dengan saya? Siaplah kamu dipenjara kerana keganasan rumahtangga.”
Pemandu itu dengan tenang menjawab: “Saya tidak mempunyai pengecas telefon bimbit. Jika kamu tanya dengan baik, saya juga akan bertanya dengan baik.”
Wanita itu kemudian mengarahkan pemandu itu menelefon telefon bimbitnya namun tidak diendahkan sebelum dia akhirnya keluar dan memaki hamun orang ramai dalam bahasa Sepanyol serta Inggeris.
Sebaik berseorangan, pemandu itu memandang kamera dan berkata: “Inilah nasib pemandu Uber setiap hari. Orang tidak menghormati kami.”
Jurucakap Uber berkata: “Perangai penumpang itu tidak boleh diterima. Uber tidak bertolak ansur dengan pengguna kami yang berkelakuan seperti itu.
“Akaun pengguna itu sudah dibatalkan dan Uber sedang menyiasat kejadian ini.” – Agensi/myMetro Online
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus mencuri perhatian apabila memaklumkan hasil pendapatan daripada kerja sambilan terbaharunya akan disalurkan semula kepada rakyat di kawasannya.Menerusi hantaran di Instagram, Syed Saddiq, 34, meluah
NVIDIA memperkenalkan inovasi besar dalam dunia pusat data dengan memperkenalkan sistem penyejukan cecair sepenuhnya untuk generasi pelayan AI Rubin.Cuma berbeza dengan sistem penyejukkan air yang lama, sistem ini sebaliknya menggunakan cecair penyejuk p
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Steven Sim meraih perhatian ramai selepas membantu melangsaikan kos rawatan seorang bekas pensyarah Universiti Malaya (UM), Dr. Kamal, yang kini sedang berdepan penyakit barah kolon.Sudah kenal sejak 20
Firma kecerdasan buatan, Sakana AI, rasmi melancarkan produk terbaharu mereka, Sakana Fugu dan Fugu Ultra. Berbeza dengan model monolitik tradisional, siri Fugu dibina sebagai sistem perpaduan multi-ejen penuh (multi-agent orchestration) yang diakses mela
Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah merempuh sekatan jalan raya (SJR) dan melanggar seorang pegawai kanan polis yang sedang menjalankan tugas dalam Ops Bersepadu Cegah Jenayah di Jalan Padungan, Sabt
Astro hari ini mengumumkan beberapa penawaran baharu yang memfokuskan kepada pakej penstriman lebih mampu milik, selain memperkenalkan saluran baharu khas untuk peminat kandungan Korea.Pakej Disney+ dan Prime VideoBermula hari ini, pelanggan Astro bole
Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor diingatkan supaya bertindak lebih proaktif dalam menilai semula liputan perkhidmatan pengangkutan awam tanpa perlu menunggu aduan atau isu menjadi tular di media sosial.Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Am
Samsung dilaporkan telah mendapat kelulusan daripada Apple untuk memulakan pengeluaran komersial modul paparan OLED boleh lipat bagi iPhone lipat pertama mereka.Menurut laporan daripada The Elec, kelulusan ini diberikan selepas Samsung berjaya melepasi
Wikipedia tidak cukup mempercayai kecerdasan buatan (AI) untuk membenarkannya memainkan peranan secara langsung dalam menyunting artikel di platformnya, kata pengasas bersama Jimmy Wales kepada AFP pada Isnin.Masalah “halusinasi” AI di mana
Zeekr Intelligent Technology Malaysia hari ini rasmi melancarkan model SUV elektrik premium urban terbaharunya, Zeekr X (2026), menerusi acara pelancaran berteraskan gaya hidup moden. Membawa slogan Boldly Yours, model penambahbaikan (facelift) ini hadi