Pemanis cerewet

by Oh! Semput


3
SHARES
34
VIEWS
Posted on 04 Aug 2017 20:01:04

Manjung: Bubur anak lebah antara makanan warisan Perak yang semakin kurang dikenali generasi muda kini sehingga ada yang tidak pernah merasainya, malah mengetahui kewujudan pemanis mulut itu.

Bubur yang dihasilkan daripada tepung dan berbentuk bujur kecil seolah-olah anak lebah itu lebih popular di daerah Perak Tengah terutama Bota dengan cara penyediaan yang unik memerlukan kemahiran serta agak cerewet.

Seorang pembuat bubur anak lebah, Sabariah Mat Piah, 64, berkata, bubur itu dihidangkan ketika kenduri berendoi atau selepas wanita habis berpantang melahirkan anak.

Menurutnya, selaras dengan perubahan zaman bubur anak lebah turut dihidangkan dalam pelbagai majlis lain seperti kenduri kahwin.

“Namun generasi muda perlu mempelajari penyediaan bubur ini bagi memastikan makanan tradisi itu terus kekal sepanjang zaman kerana ia makanan tradisi yang digemari.

“Membuat makanan tradisional ini tidak susah walaupun penyediaannya agak remeh dan ia perlu diwarisi supaya tidak hanya tinggal nama sahaja,” katanya di FELCRA Gugusan Lekir, di sini.

Sabariah berkata, biarpun begitu resipi anak lebah mudah tidak menggunakan banyak bahan namun uniknya ia memerlukan kerjasama beberapa individu untuk membantu.

“Bubur anak lebah menggunakan tepung beras, kapur makanan, santan, gula dan daun pandan yang diuli menjadi doh yang agak lembik untuk memudahkan ia ditekan di atas acuan khas berlubang kecil yang dipegang rakan lain,” katanya.

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts