Pemilik Bot Maut Selepas Ditembak Di Besut

by Oh! Semput


6
SHARES
74
VIEWS
Posted on 28 Jul 2017 02:01:00

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki warga emas maut selepas terkena dua tembakan dalam kejadian di Kampung Teluk Bayu, Besut, malam ini.

Mangsa, Daud @ Wan Ahmad Bin Wan Awang, 68, yang juga pemilik bot perikanan dipercayai keluar minum bersama rakannya yang dikenali sebagai Nek Der pada pukul 5.30 petang di Gerai Dataran Kuala Besut, di sini dengan menaiki kereta mangsa jenis Mercedes Benz.

Kira-kira pukul  7.30 malam ketika dalam perjalanan ke rumah setelah selesai minum, kereta mangsa  tiba-tiba dihampiri dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC berwarna merah di Simpang Tiga, Jalan Kampung Teluk Bayu, Kuala Besut.

Suspek dipercayai memakai helmet warna merah dan menutup muka dengan kain.

Dipercayai pembonceng motosikal berkenaan kemudiannya telah mengacukan pistol dan melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa menyebabkan rakan mangsa yang  ketakutan  telah terjun keluar dari kereta tersebut.

Manakala  mangsa terus memandu kereta berkenaan sehingga terlanggar tiang elektrik di tempat kejadian.

Suspek melarikan diri sejurus kejadian manakala rakan mangsa menghubungi anak lelaki mangsa dan membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Kuala Besut namun disahkan telah meninggal dunia.

Pemeriksaan awal ke atas tubuh badan mangsa dapati terdapat dua kesan luka tembakan iaitu pada bahagian dada kanan dan bahu kanan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Besut di Jerteh untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.

Katanya kes masih dalam siasatan dan polis juga sedang  giat memburu suspek. – BERNAMA

Loading...

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts