Peminat peluk Islam lepas dengar ‘Aisyah Isteri Rasulullah’ nyanyian Tokti

by Oh! Semput


16
SHARES
206
VIEWS
Posted on 18 Apr 2020 06:06:29

Lagu Aisyah Istri Rasulullah nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi asbab seorang peminat untuk memeluk agama Islam beberapa hari lalu.

Perkara itu dikongsi peminat berkenaan menerusi ruangan komen saluran YouTube Siti Official Video yang dimuat naik 10 April lalu.

alt

“Saya minat CTDK (Siti) ini. Sejak mendengar lagu ini, saya memeluk Islam. Saya baru saja tiga hari memeluk Islam. Saya tanya ustaz adakah lagu ini punca saya memeluk Islam.
“Ustaz berkata, lagu nyanyian CTDK ini adalah ‘asbab’ saya memeluk Islam. Allah salurkan hidayah pada saya melalui indah pada maksud lagu ini dengan nyanyian CTDK.
“Semoga saya terus kuat mencintai sosok nama yang dimaksudkan dalam lagu ini. Terima kasih CTDK,” tulisnya.

Koman yang ditulis empat hari lalu itu menerima 2,000 tanda suka dan 195 komen netizen dimana mereka mengucapkan syukur dan berharap agar peminat tersebut terus istiqamah setelah bergelar saudara baru.

alt

alt

alt

alt

alt

Terdahulu, lagu asal Aisyah nyanyian kumpulan Projector Band itu diubah semula liriknya menjadi Islamik oleh Ustaz Hasbi Muh Ali pada 2017 menggunakan tajuk Aisyah RA.

Bagaimanapun, versi Islamik itu mula tular dan dinyanyikan semula oleh beberapa artis di Indonesia dan ditukar kepada tajuk Aisyah Isteri Rasulullah.

: Youtube

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts