Johannesburg, Afrika Selatan: Seorang lelaki yang ditangkap penduduk kerana disyaki melakukan banyak jenayah pecah rumah dipaksa menggali lubang sebelum separuh badannya ditanam dalam lubang itu.
Dalam rakaman video yang disiarkan semalam, orang ramai di bandar Dwarsloop di wilayah Mpumalanga kemudian memukul lelaki itu yang separuh badannya tertanam.
Dalam kejadian minggu ini, selepas ditangkap, lelaki itu diberi penggali dan dipaksa oleh orang ramai yang mengerumuninya, supaya menggali lubang kuburnya sendiri sebelum diarah masuk ke dalam lubang itu dan ditanam separuh badan.
Dalam video berkenaan yang dirakam seorang penduduk dikenali sebagai Tumelo Dibakwane, beberapa orang dilihat memukul kepala lelaki itu dengan penggali.
Menurut media tempatan, orang ramai sebelum ini bercadang membakar lelaki berkenaan hidup-hidup dan selepas lebih sejam tertanam, selepas puas merayu, lelaki berkenaan dibebaskan.
Polis kemudian menghantar lelaki itu ke hospital kerana mengalami beberapa kecederaan dan menurut jurucakap polis bandar itu, Sarjan Gerald Sedibe, mangsa enggan membuat laporan. – Daily Mail/Agensi/HMetro
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus mencuri perhatian apabila memaklumkan hasil pendapatan daripada kerja sambilan terbaharunya akan disalurkan semula kepada rakyat di kawasannya.Menerusi hantaran di Instagram, Syed Saddiq, 34, meluah
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Steven Sim meraih perhatian ramai selepas membantu melangsaikan kos rawatan seorang bekas pensyarah Universiti Malaya (UM), Dr. Kamal, yang kini sedang berdepan penyakit barah kolon.Sudah kenal sejak 20
NVIDIA memperkenalkan inovasi besar dalam dunia pusat data dengan memperkenalkan sistem penyejukan cecair sepenuhnya untuk generasi pelayan AI Rubin.Cuma berbeza dengan sistem penyejukkan air yang lama, sistem ini sebaliknya menggunakan cecair penyejuk p
Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah merempuh sekatan jalan raya (SJR) dan melanggar seorang pegawai kanan polis yang sedang menjalankan tugas dalam Ops Bersepadu Cegah Jenayah di Jalan Padungan, Sabt
Wikipedia tidak cukup mempercayai kecerdasan buatan (AI) untuk membenarkannya memainkan peranan secara langsung dalam menyunting artikel di platformnya, kata pengasas bersama Jimmy Wales kepada AFP pada Isnin.Masalah “halusinasi” AI di mana
Astro hari ini mengumumkan beberapa penawaran baharu yang memfokuskan kepada pakej penstriman lebih mampu milik, selain memperkenalkan saluran baharu khas untuk peminat kandungan Korea.Pakej Disney+ dan Prime VideoBermula hari ini, pelanggan Astro bole
SpaceX pada Isnin memaklumkan bahawa ia telah menandatangani kontrak berbilang tahun dengan sebuah syarikat pemula kecerdasan buatan (AI) baharu, Reflection AI, yang akan membayar sekitar $1.8 bilion (~RM7.47 bilion) setahun untuk mengakses pusat data AI
Zeekr Intelligent Technology Malaysia hari ini rasmi melancarkan model SUV elektrik premium urban terbaharunya, Zeekr X (2026), menerusi acara pelancaran berteraskan gaya hidup moden. Membawa slogan Boldly Yours, model penambahbaikan (facelift) ini hadi
Sebuah video tular di Threads baru-baru ini selepas seorang wanita berkongsi rakaman dirinya melihat koleksi patung lama yang dipamerkan di sebuah premis menjual barangan terpakai.Menerusi video tersebut, wanita berkenaan dilihat menghampiri sebuah patun
Firma kecerdasan buatan, Sakana AI, rasmi melancarkan produk terbaharu mereka, Sakana Fugu dan Fugu Ultra. Berbeza dengan model monolitik tradisional, siri Fugu dibina sebagai sistem perpaduan multi-ejen penuh (multi-agent orchestration) yang diakses mela