Penduduk Ketakutan Apabila Objek Seperti Dementor Terapung Di Ruang Udara Di Zambia

by Oh! Semput


15
SHARES
191
VIEWS
Posted on 06 Mar 2017 04:01:16


Kitwe - Sebahagian penduduk bertempiaran lari kerana ketakutan apabila penampakan satu bentuk lembaga yang menyerupai manusia jelas kelihatan muncul di langit di Zambia.

Bentuk berkenaan yang dipercayai menyerupai watak Dementor yang dilakonkan di dalam filem Harry Potter dapat dilihat dengan jelas serta dirakamkan oleh orang ramai di sekitar ruang angkasa di Mukuba Mall di Kitwe, lapor Daily Mail.


Gambar itu jadi viral di medial sosial yang dimuat naik oleh seseorang telah menunjukkan satu bentuk yang dilengkapi dengan kepala dan menyerupai seorang manusia. Ianya dikatakan terapung-apung di langit dan dikatakan berukuran lebih daripada 100 meter panjang.

Bentuk hitam itu juga dikatakan telah terbentuk dengan sendirinya dengan hasil cantuman beberapa bahan di udara.

Menurut penduduk yang menyaksikan kejadian berkenaan, mereka merasa terkejut apabila imej berkenaan berbentuk manusia dan kelihatan terapung di ruang udara di kawasan itu.

Ada di antara mereka mengatakan semua itu adalah peringatan kepada manusia daripada Tuhan. Ramai yang melarikan diri dari kawasan berkenaan dan ada juga yang sempat berdoa untuk kebaikan.

Ia terawang-awang diudara lebih setengah jam. Sebahagian penduduk yang menyaksikannya yakin ia peringatan daripada tuhan.


Difahamkan, objek berkenaan sebenarnya adalah berpunca dari layang-layang dan gambar berkenaan diambil sebelum disunting semula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. -

: Dailymail, Harian Metro

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts