by Oh! Semput
Seiring pelancaran iOS 26.4, Apple kini menawarkan sokongan 5G Standalone (5G SA) untuk pengguna siri iPhone 15, iPhone 16, iPhone 17 dan iPhone Air di Malaysia.
Bagi pengguna Yes, kemas kini ini bermakna rangkaian 5G Advanced kini boleh digunakan pada siri iPhone 15 dan model lebih baharu tanpa sebarang caj tambahan. Ia tersedia untuk semua pelanggan Yes, termasuk pelan prabayar, pascabayar serta jalur lebar.
Tiada pendaftaran diperlukan kerana sambungan akan diaktifkan secara automatik pada peranti yang serasi.
Namun begitu, jika peranti tidak dapat mengakses rangkaian ini, pengguna boleh menaik taraf kepada eSIM baharu secara percuma melalui aplikasi MyYes bagi membolehkan sambungan 5G Advanced diaktifkan.

Bergantung kepada model, pengguna mungkin akan melihat ikon “5G” atau “5G+”, manakala nama rangkaian akan dipaparkan sebagai “yes 5g advanced” atau “yes 5g advanced 5G”.
Sebagai rujukan, 5G Advanced merupakan evolusi seterusnya kepada teknologi 5G, dan dianggap sebagai pra-6G. Melaluinya, data dan panggilan suara dapat beroperasi sepenuhnya di rangkaian 5G, sekali gus memberikan prestasi yang lebih baik secara keseluruhan.
Antara kelebihan yang ditawarkan termasuk kualiti panggilan suara lebih jelas, kelajuan lebih tinggi, kependaman lebih rendah (lower latency) serta liputan yang lebih stabil termasuk di dalam bangunan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Yes 5G Advanced, layari laman rasmi Yes atau halaman FAQ.
{suggest}
Pengguna Yes Dengan iPhone 15 Ke Atas Kini Boleh Guna 5G Advanced WISER.MY.